iPhone - Perkongsian fail

background image

Perkongsian fail

Perkongsian Fail membenarkan anda memindahkan fail dengan kabel USB antara iPhone dan
komputer anda, menggunakan iTunes. Anda boleh berkongsi fail yang dicipta dengan aplikasi
yang serasi dan disimpan dalam format yang disokong.

Aplikasi yang menyokong perkongsian fail muncul dalam senarai File Sharing Apps dalam iTunes.
Untuk setiap aplikasi, senarai Fail menunjukkan dokumen yang tersedia pada iPhone. Lihat
dokumentasi aplikasi untuk mendapatkan maklumat mengenai cara ia berkongsi fail; bukan
semua aplikasi menyokong ciri ini.
Pindahkan fail daripada iPhone ke komputer anda: Dalam iTunes, pergi ke anak tetingkap App
bagi peranti anda. Dalam bahagian File Sharing, pilih aplikasi daripada senarai. Di sebelah kanan,
pilih fail yang anda mahu pindahkan, kemudian klik “Save to”.
Pindahkan fail dari komputer anda ke iPhone: Dalam iTunes, pergi ke anak tetingkap App bagi
peranti anda. Dalam bahagian File Sharing, pilih aplikasi, kemudian klik Add. Fail dipindahkan
dengan segera ke peranti anda untuk digunakan dengan aplikasi yang anda pilih.
Padam fail daripada iPhone: Dalam iTunes, pergi ke anak tetingkap App bagi peranti anda.
Dalam bahagian File Sharing, pilih fail, kemudian tekan kekunci Delete.