iPhone - Maklumat pelupusan dan kitar semula

background image

Maklumat pelupusan dan kitar semula

Program Kitar Semula Apple (tersedia di sesetengah kawasan): Untuk kitar semula percuma
telefon mudah alih lama anda, sekeping label prabayar, dan arahan, sila lihat: www.apple.com/my/
recycling

Pelupusan dan kitar semula iPhone: Anda mesti melupuskan iPhone dengan sempurna mengikut
undang-undang dan peraturan tempatan. Oleh kerana iPhone mengandungi komponen
elektronik dan bateri, iPhone mesti dilupuskan secara berasingan daripada buangan isi rumah.
Apabila iPhone mencapai akhir hayatnya, hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui
mengenai pilihan pelupusan dan kitar semula, atau hantarkannya ke kedai jualan Apple setempat
anda atau kembalikannya kepada Apple. Bateri akan dikeluarkan dan dikitar semula dalam
cara yang mesra alam sekitar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat: www.apple.com/my/
recycling

Kesatuan Eropah—maklumat pelupusan peralatan elektronik dan bateri:

Simbol ini bermaksud bahawa menurut undang-undang dan peraturan tempatan produk dan
bateri anda mesti dikitar semula secara berasingan daripada bahan buangan rumah. Apabila
produk ini mencapai akhir hayatnya, bawa ke pusat pengumpulan yang ditentukan oleh pihak
berkuasa tempatan bagi mengitar semula peralatan elektronik. Pelupusan tidak wajar buangan
peralatan elektronik oleh pengguna mungkin dikenakan denda. Pengumpulan dan kitar semula
produk dan baterinya pada masa pelupusan akan membantu memelihara sumber semula jadi
dan memastikan ia dikitar semula dalam cara yang melindungi kesihatan manusia dan alam
sekitar.

192

Lampiran B

Sokongan dan Maklumat Lain

background image

Untuk perkhidmatan pengumpulan dan kitar semula untuk iPhone, pergi ke : www.apple.com/
recycling/nationalservices/europe.html

Penggantian bateri untuk iPhone: Bateri boleh dicas semula dalam iPhone hendaklah
digantikan oleh Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple sahaja. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai perkhidmatan penggantian bateri, pergi ke: www.apple.com/my/batteries/
replacements.html

Deutschland: Dieses Gerät enthält Batterien. Bitte nicht in den Hausmüll werfen. Entsorgen
Sie dieses Gerätes am Ende seines Lebenszyklus entsprechend der maßgeblichen gesetzlichen
Regelungen.

Nederlands: Gebruikte batterijen kunnen worden ingeleverd bij de chemokar of in een speciale
batterijcontainer voor klein chemisch afval (kca) worden gedeponeerd.

Türkiye: EEE yönetmeliğine (Elektrikli ve Elektronik Es̆yalarda Bazı Zararlı Maddelerin
Kullanımının Sınırlandırılmasına Dair Yönetmelik) uygundur.

Brasil: Informações sobre descarte e reciclagem

O símbolo acima indica que este produto e/ou sua bateria não devem ser descartadas no lixo
doméstico. Quando decidir descartar este produto e/ou sua bateria, faça-o de acordo com as leis
e diretrizes ambientais locais. Para informações sobre o programa de reciclagem da Apple, pontos
de coleta e telefone de informações, visite www.apple.com/br/environment.