iPhone - Menggunakan pautan dan data yang dikesan

background image

Menggunakan pautan dan data yang dikesan

iPhone mengesan pautan web, nombor telefon, alamat e-mel, dan jenis maklumat lain yang anda
boleh gunakan untuk membuka halaman web, membuat mesej e-mel yang telah dialamatkan,
membuat atau menambah maklumat bagi kenalan, atau menjalankan aktiviti berguna yang lain.
Data yang dikesan muncul sebagai teks biru bergaris bawah.

Sentuh data untuk menggunakan tindakan lalainya, atau sentuh dan tahan bagi melihat
tindakan lain. Contohnya, untuk alamat, anda boleh menunjukkan lokasinya dalam Peta atau
menambahnya kepada Kenalan.