iPhone - Mencari mel

background image

Mencari mel

Anda boleh mencari medan Kepada, Daripada, Subjek dan teks isi bagi mesej e-mel. Mail mencari
mesej yang dimuat turun di dalam peti mel semasa. Untuk iCloud, Exchange dan beberapa akaun
mel IMAP, anda juga boleh mencari pada pelayan.
Cari mesej e-mel: Buka peti mel, tatal ke atas, masukkan teks dalam medan Cari. Sentuh Daripada,
Kepada, Subjek, atau Semua untuk memilih medan yang ingin anda cari. Jika akaun mel anda
menyokongnya, mesej pada pelayan juga dicari.

Mesej Mail juga boleh disertakan dalam carian daripada skrin Utama. Lihat “Mencari” pada
halaman 30.