iPhone - Nada dering, suis Dering/Senyap dan getar

background image

Nada dering, suis Dering/Senyap dan getar

iPhone datang dengan nada dering yang berbunyi untuk panggilan masuk, penggera Jam dan
pemasa Jam. Anda juga boleh membeli nada dering dari lagu dalam iTunes. Gunakan suis Dering/
Senyap untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pendering dan seting Bunyi untuk mengeset
pilihan getaran. Secara lalai, iPhone bergetar sama ada ia dalam mod dering atau mod senyap.
Set nada dering lalai: Pergi ke Seting > Bunyi > Nada Dering.
Hidupkan atau matikan pendering: Petik suis di sebelah iPhone. Lihat “Suis Dering/Senyap” pada
halaman 11.

Penting:

Penggera jam masih berbunyi jika anda memetik suis Dering/Senyap ke senyap.

Setkan iPhone untuk bergetar: Pergi ke Seting > Bunyi. Kawalan berasingan membolehkan anda
mengeset getaran untuk kedua-dua mod dering dan senyap.

Berikan nada dering berlainan
kepada kenalan

Dalam Kenalan, pilih kenalan, sentuh edit, kemudian sentuh Nada Dering
dan pilih nada dering.

Beli nada dering daripada iTunes
Store

Lihat “Membeli muzik, buku audio dan nada” pada halaman 124.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Bunyi dan suis Dering/Senyap” pada halaman 175.

67

Bab 5

Telefon