iPhone - Rencana

background image

Rencana

Apabila Siri diaktifkan, anda juga boleh merencanakan teks. Lihat “Rencana” pada halaman 28.

Walaupun anda boleh mengarang e-mel, mesej teks adan teks lain dengan bercakap terus kepada
Siri, anda mungkin lebih menyukai perencanaan. Perencanaan membenarkan anda mengedit
mesej berbanding menggantikan keseluruhan teks. Perencanaan turut memberikan anda masa
untuk berfikir semasa mengarang.

57

Bab 4

Siri

background image

Siri memahami jeda yang bermaksud anda telah selesai bercakap untuk ketika ini dan mengambil
peluang untuk memberi respons. Walaupun ini membolehkan anda berbual secara semula jadi
dengan Siri, Siri mungkin mengganggu anda sebelum anda selesai, kerana anda menjeda seketika
untuk berfikir. Dengan perencanaan, anda boleh menjeda sekerap yang anda inginkan dan
meneruskan percakapan apabila anda sedia.

Anda juga boleh mula mengarang teks menggunakan Siri, kemudian teruskan menggunakan
perencanaan. Contohnya, anda boleh mencipta e-mel dengan Siri, kemudian menyentuh draf
untuk membuka mesej dalam Mel. Dalam Mail, anda boleh melengkapkan atau mengedit mesej
dan membuat perubahan lain, seperti menambah atau mengeluarkan penerima, menyemak
semula subjek, atau menukar akaun yang anda gunakan untuk menghantar e-mel.

58

Bab 4

Siri