iPhone - Umum

background image

Umum

Seting umum termasuk seting rangkaian, perkongsian, keselamatan, dan seting iOS lain. Anda
juga boleh mencari maklumat mengenai iPhone anda dan mereset pelbagai seting iPhone.

Perihal

Pergi ke Seting > Umum > Perihal untuk mendapatkan maklumat mengenai iPhone, termasuk
ruang storan yang tersedia, nombor siri, alamat rangkaian, IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih
Antarabangsa) dan ICCID (Pengenal pasti Kad Litar Bersepadu, atau Kad Pintar) (GSM), MEID
(Pengenal pasti Kelengkapan Mudah Alih) (CDMA) dan maklumat undang-undang dan kawal
selia.
Tukar nama peranti: Pergi ke Seting > Umum > Perihal, kemudian sentuh Nama.
Nama peranti muncul dalam bar sisi apabila ia disambungkan kepada iTunes dan ia digunakan
oleh iCloud.

Kemas Kini Perisian

Kemas Kini Perisian membolehkan anda memuat turun kemas kinian iOS daripada Apple.
Kemas kini ke versi terkini iOS: Pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian.

176

Bab 32

Seting

background image

Jika versi iOS yang lebih baru tersedia, ikuti arahan atas skrin untuk memuat turun dan memasang
kemas kinian.

Nota: Pastikan iPhone disambungkan kepada sumber kuasa agar pemasangan, yang boleh
mengambil masa beberapa minit, berjaya dilengkapkan.

Penggunaan

Penggunaan membolehkan anda melihat penggunaan selular anda, status bateri dan storan yang
tersedia. Anda juga boleh melihat dan mengurus storan iCloud.
Lihat penggunaan selular anda, status bateri dan storan yang tersedia: Pergi ke Seting >
Umum > Penggunaan.

Lihat penggunaan selular anda

Pergi ke Seting > Umum > Penggunaan > Penggunaan Selular.

Urus storan iCloud

Pergi ke Seting > Umum > Penggunaan > Urus Storan. Anda boleh melihat
dan memadam sandaran dan menyahaktifkan sandaran untuk Jalur Filem
anda. Anda juga boleh membeli storan iCloud tambahan.
Untuk mendapatkan maklumat, lihat “iCloud” pada halaman 17.

Lihat storan aplikasi

Pergi ke Seting > Umum > Penggunaan. Jumlah keseluruhan storan bagi
setiap aplikasi yang dipasang ditunjukkan. Untuk mendapatkan butiran
tambahan, sentuh nama aplikasi.

Reset statistik penggunaan anda

Sentuh Seting > Umum > Penggunaan > Penggunaan Selular, kemudian
sentuh Reset Statistik untuk mengosongkan data dan statistik masa
terkumpul.

Tunjukkan peratusan bateri

Pergi ke Seting > Umum > Penggunaan dan aktifkan Peratusan Bateri.

Siri

Dayakan Siri: Pergi ke Seting > Umum > Siri.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai menggunakan Siri dan menukar seting Siri, lihat
“Mengeset pilihan untuk Siri” pada halaman 43.

Rangkaian

Gunakan seting Rangkaian untuk mengkonfigurasi sambungan VPN (rangkaian peribadi maya),
akses seting Wi-Fi, atau aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Data.

Apabila aplikasi perlu menggunakan Internet, iPhone melalukan yang berikut, mengikut urutan,
sehingga disambung:

Menyambung kepada rangkaian Wi-Fi tersedia yang terbaru digunakan

Â

.

Menunjukkan senarai rangkaian Wi-Fi dalam julat liputan dan bersambung menggunakan yang

Â

anda pilih.
Bersambung melalui rangkaian data selular, jika tersedia.

Â

Jika iPhone disambungkan kepada Internet melalui rangkaian data selular, ikon , , , atau
muncul dalam bar status.

Rangkaian selular 4G dan 3G GSM menyokong komunikasi suara dan data serentak. Untuk semua
sambungan selular yang lain, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan Internet apabila
anda bercakap telefon melainkan iPhone turut mempunyai sambungan Wi-Fi kepada Internet.
Bergantung pada sambungan rangkaian, anda mungkin tidak dapat menerima panggilan
semasa iPhone memindahkan data melalui rangkaian selular—contohnya, apabila memuat turun
halaman web.

177

Bab 32

Seting

background image

Rangkaian GSM: Pada sambungan EDGE atau GPRS, panggilan masuk mungkin akan masuk
terus ke panggilan suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab,
pemindahan data dijeda.

CDMA: Pada sambungan EV-DO, pemindahan data dijeda apabila anda menjawab panggilan
masuk. Pada sambungan 1xRTT, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke mel suara
semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.

Pemindahan data diteruskan apabila anda menamatkan panggilan.
Aktifkan atau nyahaktifkan Data Selular: Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian, kemudian
aktifkan atau nyahaktifkan Data Selular.

Jika Data Selular dinyahaktifkan, semua perkhidmatan data hanya akan menggunakan Wi-Fi—
termasuk e-mel, semak imbas web, pemberitahuan push dan perkhidmatan lain. Jika Data Selular
diaktifkan, caj pembawa mungkin dikenakan. Contohnya, ciri dan perkhidmatan tertentu seperti
Siri dan Mesej memindahkan data dan penggunaan ciri dan perkhidmatan ini oleh anda boleh
memberi kesan terhadap pelan data anda.

Aktifkan atau nyahaktifkan
Perayauan Suara (CDMA)

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian. Nyahaktifkan Perayauan Suara untuk
mengelakkan caj daripada menggunakan rangkaian pembawa. Apabila
rangkaian pembawa anda tidak tersedia, iPhone tidak akan mempunyai
perkhidmatan selular (data atau suara).

Aktifkan atau nyahaktifkan
Perayauan Data

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian.
Perayauan Data membenarkan akses Internet melalui rangkaian data
selular apabila anda berada dalam kawasan yang tidak diliputi oleh
rangkaian pembawa anda. Apabila anda dalam perjalanan, anda boleh
menyahaktifkan Perayauan Data untuk mengelakkan daripada dikenakan
caj perayauan. Lihat “Pembawa” pada halaman 175.

Aktifkan atau nyahaktifkan 3G

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian. Bantuan Antarabangsa tidak tersedia
di semula kawasan.
Penggunaan 3G memuatkan data Internet lebih laju dalam sesetengah
keadaan, tetapi mungkin mengurangkan prestasi bateri. Jika anda
membuat banyak panggilan telefon, anda mungkin mahu menyahaktifkan
3G untuk memanjangkan hayat bateri.

Aktifkan atau nyahaktifkan Hotspot
Peribadi

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian > Hotspot Peribadi. Lihat “Hotspot
Peribadi” pada halaman 175.

Tambah konfigurasi VPN baru

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian > VPN > Tambah Konfigurasi VPN.
Tanya pentadbir rangkaian anda mengenai seting yang perlu digunakan.
Dalam kebanyakan kes, jika anda sediakan VPN pada komputer anda, anda
boleh menggunakan seting VPN yang sama untuk iPhone.
Lihat “VPN” pada halaman 174.

Bluetooth

iPhone boleh bersambung secara wayarles kepada peranti Bluetooth seperti headset, fon
kepala dan kit kereta untuk mendengar muzik dan perbualan bebas tangan. Anda juga boleh
menyambungkan Papan Kekunci Wayarles Apple dengan Bluetooth. Lihat “Menggunakan Papan
Kekunci Wayarles Apple” pada halaman 28.
Aktifkan atau nyahaktifkan Bluetooth: Pergi ke Seting > Umum > Bluetooth dan aktifkan atau
nyahaktifkan Bluetooth.

Sambung ke peranti Bluetooth

Sentuh peranti dalam senarai Peranti, kemudian ikuti arahan atas skrin
untuk bersambung kepadanya. Lihat dokumentasi yang datang bersama
peranti untuk arahan mengenai perpasangan Bluetooth.

178

Bab 32

Seting

background image

Penyelarasan Wi-Fi iTunes

Anda boleh selaraskan iPhone dengan iTunes pada komputer yang disambungkan kepada
rangkaian Wi-Fi yang sama.
Dayakan Penyelarasan Wi-Fi iTunes: Untuk menyediakan penyelarasan Wi-Fi buat kali pertama,
sambungkan iPhone ke komputer yang anda mahu selaraskan. Untuk arahan lihat “Menyelaras
dengan iTunes” pada halaman 18.

Selepas anda mengkonfigurasikan Penyelarasan Wi-Fi, iPhone menyelaras dengan iTunes secara
automatik, sekali sehari, apabila ia disambungkan kepada sumber kuasa dan:

iPhone dan komputer anda kedua-duanya disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama.

Â

iTunes pada komputer anda sedang berjalan.

Â

Lihat tarikh dan masa penyelarasan
terakhir

Pergi ke Seting > Umum > Penyelarasan Wi-Fi iTunes.

Selaraskan dengan segera dengan
iTunes

Pergi ke Seting > Umum > Penyelarasan Wi-Fi iTunes, kemudian sentuh
Selaraskan Sekarang.

Carian Spotlight

Seting Carian Spotlight membolehkan anda menentukan bidang kandungan yang dicari oleh
Cari, dan menyusun semula susunan hasil.
Setkan bidang kandungan yang dicari oleh Cari: Pergi ke Seting > Umum > Carian Spotlight,
kemudian pilih item untuk dicari.

Setkan susunan kategori hasil
carian

Pergi ke Seting > Umum > Carian Spotlight. Sentuh bersebelahan item,
kemudian seret ke atas atau bawah.

Kunci Auto

Mengunci iPhone mematikan paparan agar anda dapat menjimatkan bateri dan mengelakkan
operasi tidak diingini bagi iPhone. Anda masih boleh menerima panggilan dan mesej teks dan
anda boleh melaraskan kelantangan dan menggunakan butang mikrofon pada fon kepala iPhone
semasa mendengar muzik atau dalam panggilan.
Setkan jumlah masa sebelum iPhone dikunci: Pergi ke Seting > Umum > Kunci Auto, kemudian
pilih masa.

Kunci Kod Laluan

Secara lalai, iPhone tidak memerlukan anda untuk memasukkan kod laluan bagi membukanya.
Setkan kod laluan: Dalam Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan setkan kod laluan 4 digit.
Jika anda terlupa kod laluan, anda mesti memulihkan perisian iPhone. Lihat “Mengemas kini dan
memulihkan perisian iPhone” pada halaman 190.

Nyahaktifkan kunci kod laluan atau
tukar kod laluan anda

Pergi ke Seting > Umum > Kunci Kod Laluan.

Setkan tempoh masa sebelum kod
laluan anda ditanya

Dalam Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan masukkan kod laluan
anda. Sentuh Perlukan Kod Laluan, kemudian pilih selama mana iPhone
akan menunggu selepas dikunci sebelum ia memerlukan kod laluan untuk
dibuka kunci semula.

Aktifkan atau nyahaktifkan Kod
Laluan Mudah

Pergi ke Seting > Umum > Kunci Kod Laluan.
Kod laluan mudah ialah nombor empat digit. Untuk meningkatkan
keselamatan, nyahaktifkan Kod Laluan Mudah dan gunakan kod laluan
yang lebih panjang dengan kombinasi nombor, huruf, tanda baca, dan
aksara khas.

179

Bab 32

Seting

background image

Halang akses ke Siri apabila iPhone
dikunci.

Pergi ke Seting > Umum > Kunci Kod Laluan > Siri. Lihat “Mengeset pilihan
untuk Siri” pada halaman 43.

Aktifkan atau nyahaktifkan Dail
Suara

Pergi ke Seting > Umum > Kunci Kod Laluan.
Menyahaktifkan Dail Suara menghalang seseorang daripada membuat
panggilan apabila iPhone dikunci. Seting ini tersedia hanya apabila Siri
dinyahaktifkan. Untuk mendapatkan maklumat mendail menggunakan Siri,
lihat “Telefon” pada halaman 45.

Padam data selepas sepuluh
percubaan kod laluan yang gagal

Dalam Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan sentuh Padam Data.
Selepas sepuluh percubaan kod laluan yang gagal, semua seting
akan direset, dan semua maklumat dan media anda dipadam dengan
mengeluarkan kunci enkripsi data tersebut (yang dienkripsi menggunakan
enkripsi AES 256-bit).

Sekatan

Anda boleh setkan sekatan untuk beberapa aplikasi dan untuk kandungan yang dibeli.
Contohnya, ibu bapa boleh menyekat muzik eksplisit daripada dilihat pada senarai main, atau
nyahaktifkan akses YouTube sepenuhnya.
Aktifkan sekatan: Pergi ke Seting > Umum > Sekatan, kemudian sentuh Dayakan Sekatan.

Penting:

Jika anda terlupa kod laluan, anda mesti memulihkan perisian iPhone. Lihat “Mengemas

kini dan memulihkan perisian iPhone” pada halaman 190.

Anda boleh setkan sekatan berikut:

Safari

Safari dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada skrin Utama. Anda tidak boleh
menggunakan Safari bagi menyemak imbas web atau mengakses klip web.

YouTube

YouTube dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada skrin Utama.

Kamera

Kamera dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada skrin Utama. Anda tidak boleh
mengambil foto.

FaceTime

Anda tidak boleh membuat atau menerima panggilan video FaceTime.

iTunes

iTunes Store dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada skrin Utama. Anda tidak boleh
melihat, membeli, atau memuat turun kandungan.

Ping

Anda tidak boleh mengakses Ping atau mana-mana cirinya.

Memasang
Aplikasi

App Store dinyahdayakan dan ikonnya dikeluarkan daripada skrin Utama. Anda tidak boleh
memasang aplikasi pada iPhone.

Memadam
Aplikasi

Anda tidak boleh memadam aplikasi pada iPhone.

tidak muncul pada ikon aplikasi apabila

anda menyesuaikan skrin Utama.

Siri

Anda tidak boleh menggunakan Siri. Arahan suara dan perencanaan dinyahdayakan.

Bahasa
Eksplisit

Siri cuba menggantikan perkataan esplisit yang anda sebutkan dengan menggantikannya
dengan asterisk dan bunyi bip.

Lokasi

Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk aplikasi individu. Anda juga boleh mengunci
Perkhidmatan Lokasi supaya perubahan kepada seting tidak dapat dibuat, termasuk
membenarkan aplikasi tambahan untuk menggunakan perkhidmatan.

Akaun

Seting Mail, Kenalan, Kalendar semasa dikunci. Anda tidak boleh menambah, mengubah suai
atau memadamkan akaun. Anda juga tidak boleh mengubah suai seting iCloud.

Pembelian
Dalam Aplikasi

Nyahaktifkan Pembelian Dalam Aplikasi. Apabila didayakan, ciri ini membenarkan anda membeli
kandungan atau fungsi tambahan di dalam aplikasi yang anda muat turun daripada App Store.

180

Bab 32

Seting

background image

Perlukan Kata
Laluan

Memerlukan anda memasukkan Apple ID anda untuk pembelian dalam aplikasi selepas tempoh
masa yang anda tentukan.

Setkan sekatan
kandungan

Sentuh Rating Untuk, kemudian pilih negara daripada senarai. Anda boleh setkan sekatan
menggunakan sistem rating negara untuk muzik, podcast, filem, rancangan TV dan aplikasi.
Kandungan yang tidak mencapai rating yang anda pilih tidak akan muncul pada iPhone.

Permainan
Berbilang
Pemain

Apabila Permainan Berbilang Pemain tidak aktif, anda tidak boleh meminta padanan,
menghantar atau menerima jemputan untuk bermain permainan, atau menambah rakan dalam
Game Center.

Menambah
Rakan

Apabila Penambahan Rakan dinyahaktifkan, anda tidak boleh membuat atau menerima
permintaan rakan dalam Game Center. Jika Permainan Berbilang Pemain diaktifkan, anda boleh
terus bermain dengan rakan sedia ada.

Tarikh & Masa

Seting ini mempengaruhi masa yang dipaparkan dalam bar status di bahagian atas skrin dan
dalam jam dunia dan kalendar.
Setkan sama ada iPhone menunjukkan waktu 24-jam atau 12-jam: Pergi ke Seting > Umum >
Tarikh & Masa, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Waktu 24 Jam. (Waktu 24 Jam mungkin tidak
tersedia di semua kawasan.)

Setkan sama ada iPhone
mengemas kini tarikh dan masa
secara automatik

Pergi ke Seting > Umum > Tarikh & Masa, kemudian aktifkan atau
nyahaktifkan Set Secara Automatik.
Jika iPhone disetkan untuk mengemas kini masa secara automatik,
ia mendapat waktu yang betul melalui rangkaian selular dan
mengemaskininya untuk zon waktu yang anda berada.
Sesetengah pembawa tidak menyokong masa rangkaian di semua kawasan.
Jika anda dalam perjalanan, iPhone mungkin tidak dapat mengeset masa
tempatan secara automatik.

Setkan tarikh dan masa secara
manual

Pergi ke Seting > Umum > Tarikh & Masa, kemudian nyahaktifkan Set
Secara Automatik. Sentuh Zon Waktu untuk mengeset zon waktu anda.
Sentuh butang Tarikh & Masa, kemudian sentuh Set Tarikh & Masa dan
masukkan tarikh dan masa.

Papan Kekunci

Anda boleh mengaktifkan papan kekunci untuk menulis dalam bahasa berlainan dan anda boleh
mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri menaip, seperti semakan ejaan. Untuk mendapatkan
maklumat mengenai papan kekunci, lihat “Menaip” pada halaman 25.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai papan kekunci antarabangsa, lihat Lampiran A, “Papan
Kekunci Antarabangsa,” pada halaman 184.

Antarabangsa

Gunakan seting Antarabangsa untuk mengeset bahasa untuk iPhone, aktifkan atau nyahaktifkan
papan kekunci untuk bahasa berlainan dan setkan format tarikh, masa dan nombor telefon untuk
kawasan anda.
Setkan bahasa untuk iPhone: Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Bahasa.

181

Bab 32

Seting

background image

Setkan format kalendar

Pergi ke Umum > Antarabangsa > Kalendar, kemudian pilih format.

Setkan bahasa untuk Siri dan
Kawalan Suara

Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Kawalan Suara, kemudian pilih
bahasa.

Setkan format tarikh, masa dan
nombor telefon

Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Format Rantau, kemudian pilih
rantau anda.
Format Rantau juga menentukan bahasa yang digunakan untuk hari dan
bulan yang muncul dalam aplikasi.

Kebolehcapaian

Untuk mengaktifkan ciri kebolehcapaian, pilih Kebolehcapaian dan pilih ciri yang anda inginkan.
Lihat Bab 31, “Kebolehcapaian,” pada halaman 154.

Profil

Seting ini muncul jika anda memasang satu atau lebih profil pada iPhone. Sentuh Profil untuk
melihat maklumat mengenai profil yang anda pasang.

Reset

Anda boleh mereset kamus perkataan, seting rangkaian, reka letak skrin utama dan amaran lokasi.
Anda juga boleh memadam semua kandungan dan seting anda.
Padam semua kandungan dan seting: Pergi ke Seting > Umum > Reset, kemudian sentuh
Padam Semua Kandungan dan Seting.
Selepas mengesahkan bahawa anda mahu mereset iPhone, semua kandungan, maklumat anda
dan seting dikeluarkan. iPhone tidak boleh digunakan sehingga ia disediakan sekali lagi.

Reset seting rangkaian

Pergi ke Seting > Umum > Reset dan sentuh Reset Semua Seting.
Semua keutamaan dan seting anda akan direset.

Reset seting rangkaian

Pergi ke Seting > Umum > Reset dan sentuh Reset Seting Rangkaian.
Apabila anda mereset seting rangkaian, senarai rangkaian yang anda
gunakan sebelumnya dan seting VPN yang tidak dipasang oleh profil
konfigurasi akan dikeluarkan. Wi-Fi dinyahaktifkan dan kemudian diaktifkan
semula, memutuskan sambungan anda daripada sebarang rangkaian.
Seting Wi-Fi dan “Tanya untuk Menyertai Rangkaian” kekal aktif.
Untuk mengeluarkan seting VPN yang dipasang oleh profil konfigurasi,
pergi ke Seting > Umum > Profil, kemudian pilih profil dan sentuh
Keluarkan. Ini juga mengeluarkan seting atau akaun lain yang disediakan
oleh profil.

Reset kamus papan kekunci

Pergi ke Seting > Umum > Reset dan sentuh Reset Kamus Papan Kekunci.
Anda tambah perkataan ke kamus papan kekunci dengan menolak
perkataan yang dicadangkan iPhone sambil anda menaip. Sentuh
perkataan bagi menolak pembetulan dan tambah perkataan ke kamus
papan kekunci. Mereset kamus papan kekunci memadam semua perkataan
yang telah anda tambah.

Reset reka letak skrin Utama

Pergi ke Seting > Umum > Reset dan sentuh Reset Reka Letak Skrin Utama.

Reset amaran lokasi

Pergi ke Seting > Umum > Reset dan sentuh Reset Amaran Lokasi.
Amaran lokasi adalah permintaan yang dibuat oleh aplikasi untuk
menggunakan Perkhidmatan Lokasi. iPhone memaparkan amaran lokasi
untuk aplikasi pada kali pertama aplikasi membuat permintaan untuk
menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Jika anda sentuh Batal dalam respons,
permintaan tersebut tidak akan dipaparkan lagi. Untuk mereset amaran
lokasi agar anda mendapat permintaan untuk setiap aplikasi, sentuh Reset
Amaran Lokasi.

182

Bab 32

Seting