iPhone - Hotspot Peribadi

background image

Hotspot Peribadi

Anda boleh menggunakan Hotspot Peribadi (iPhone 4 atau lebih baru) untuk berkongsi
sambungan Internet dengan komputer atau peranti lain—seperti iPod touch, iPad atau iPhone
lain—disambungkan ke iPhone anda melalui Wi-Fi. Anda juga boleh menggunakan Hotspot
Peribadi untuk berkongsi sambungan Internet dengan komputer yang disambungkan ke iPhone
melalui Bluetooth atau USB. Hotspot Peribadi berfungsi hanya jika iPhone disambungkan kepada
Internet melalui rangkaian data selular.

Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Bayaran tambahan mungkin dikenakan.
Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kongsi sambungan Internet: Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian dan sentuh Sediakan Hotspot
Peribadi—jika ia muncul—untuk menyediakan perkhidmatan dengan pembawa anda.

Selepas anda mengaktifkan Hotspot Peribadi, peranti lain boleh bersambung dalam cara berikut:

Â

Wi-Fi: Pada peranti, pilih iPhone anda daripada senarai rangkaian Wi-Fi yang tersedia.

Â

USB: Sambungkan komputer anda ke iPhone menggunakan Kabel Penyambung Dok ke USB.
Dalam keutamaan Rangkaian komputer anda, pilih iPhone dan konfigurasikan seting rangkaian.

Â

Bluetooth: Pada iPhone, pergi ke Seting > Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth. Untuk
memasangkan dan menyambungkan iPhone ke peranti anda, rujuk pada dokumentasi yang
datang dengan komputer anda.

Apabila peranti disambungkan, jalur biru muncul pada bahagian atas skrin iPhone. Hotspot
Peribadi kekal aktif apabila anda bersambung dengan USB, walaupun jika anda tidak
menggunakan sambungan Internet secara aktif.

Nota: Ikon Hotspot Peribadi muncul dalam bar status peranti iOS yang menggunakan Hotspot
Peribadi.

Tukar kata laluan Wi-Fi untuk
iPhone

Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi > Kata Laluan Wi-Fi, kemudian masukkan
kata laluan dengan sekurang-kurangnya 8 aksara.

Pantau penggunaan rangkaian
data selular anda

Pergi ke Seting > Umum > Penggunaan > Penggunaan Selular.