iPhone - Rencana

background image

Nota: Aktifkan Siri dalam Seting > Umum > Siri. Perencanaan hanya tersedia pada iPhone 4S, dan
memerlukan akses Internet melalui sambungan selular atau Wi-Fi. Perencanaan mungkin tidak
tersedia dalam semua bahasa atau di semua kawasan dan cirinya mungkin berbeza mengikut
kawasan. Caj data selular mungkin dikenakan.
Rencanakan teks: Sentuh pada papan kekunci. Sentuh Selesai apabila anda selesai.

Sentuh untuk memulakan

Ini muncul semasa Siri

memampatkan teks dari

perencanaan anda.

28

Bab 3

Asas

background image

Untuk menambah teks, sentuh sekali lagi dan teruskan perencanaan.

Anda boleh menggunakan perencanaan untuk memasukkan perkataan atau menggantikan
perkataan yang dipilih. Letakkan titik pemasukan di mana anda inginkan lebih teks, atau pilih
teks untuk digantikan, kemudian sentuh dan rencanakan. Untuk menukar perkataan, dwisentuh
perkataan untuk memilihnya, sentuh , kemudian sebutkan perkataan yang anda inginkan.

Anda boleh membawa iPhone ke telinga anda untuk memulakan perencanaan, berbanding
menyentuh pada papan kekunci. Untuk selesai, turunkan iPhone kembali ke bawah di hadapan
anda.
Tambah tanda baca: Sebutkan tanda baca.

Contohnya, “Dear Mary comma the check is in the mail exclamation mark” menghasilkan “Dear
Mary, the check is in the mail!”

Mencetak

AirPrint

AirPrint membolehkan anda mencetak secara wayarles ke pencetak yang diupayakan AirPrint.
Anda boleh mencetak daripada:

Mail—mesej dan lampiran e-mel yang boleh dilihat dalam Quick Look

Â

Foto dan Kamera—foto

Â

Safari—halaman web, PDF, dan lampiran lain yang boleh dilihat dalam Quick Look

Â

iBooks—PDF

Â

Peta—paparan peta yang menunjukkan skrin

Â

Nota—nota yang dipaparkan sekarang

Â

Aplikasi lain yang tersedia daripada App Store juga mungkin menyokong AirPrint.

Pencetak yang didayakan AirPrint tidak memerlukan persediaan—hanya sambungkan kepada
rangkaian Wi-Fi sebagai iPhone. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke
support.apple.com/kb/HT4356.