iPhone - Kawalan Suara

background image

Gunakan Kawalan Suara: Tekan dan tahan butang Utama sehingga skrin Kawalan Suara
muncul dan anda mendengar bunyi bip. Anda juga boleh menekan dan menahan butang tengah
pada fon kepala iPhone.

Untuk mendapatkan hasil terbaik:

Bercakap ke mikrofon iPhone sama seperti anda membuat panggilan telefon. Anda juga boleh

Â

menggunakan mikrofon pada headset Bluetooth anda atau kit kereta Bluetooth yang serasi.
Bercakaplah dengan jelas dan secara semula jadi.

Â

Hanya sebutkan arahan dan nama iPhone dan nombor. Berhenti seketika di antara arahan.

Â

Gunakan nama penuh.

Â

Untuk maklumat lanjut mengenai menggunakan Kawalan Suara, termasuk maklumat mengenai
menggunakan Kawalan Suara dalam bahasa berlainan, pergi ke support.apple.com/kb/HT3597.

Kawalan Suara biasanya mengharapkan anda bercakap arahan suara dalam bahasa yang
disetkan untuk iPhone (pergi ke Seting> Umum > Antarabangsa > Bahasa). Seting Kawalan Suara
membolehkan anda menukar bahasa yang digunakan bagi menyebut arahan suara. Sesetengah
bahasa tersedia dalam dialek dan aksen berbeza.
Tukar bahasa atau negara: Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Kawalan Suara dan sentuh
bahasa atau negara.

Kawalan Suara untuk aplikasi Muzik adalah sentiasa aktif, tetapi untuk keselamatan lebih baik
anda boleh mengelakkan dailan suara apabila iPhone dikunci.
Elakkan dailan suara apabila iPhone dikunci: Dalam Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan
nyahaktifkan Dail Suara. Buka kunci iPhone untuk menggunakan dailan suara.

Lihat “Pendailan Suara” pada halaman 60 dan “Menggunakan Siri atau Kawalan Suara dengan
Muzik” pada halaman 84.

31

Bab 3

Asas

background image

Pemberitahuan

Pusat Pemberitahuan memaparkan semua isyarat anda di satu tempat, termasuk isyarat
mengenai:

Panggilan telefon dan mesej suara yang tidak dijawab

Â

E-mel baru

Â

Mesej teks baru

Â

Peringatan

Â

Peristiwa kalendar

Â

Permintaan rakan (Game Center)

Â

Cuaca

Â

Saham

Â