iPhone - AirPlay

background image

Anda boleh menstrim muzik, foto dan video secara wayarles ke HDTV anda menggunakan AirPlay
dan Apple TV. Anda juga boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim audio ke stesen pangkalan
Airport Express. Penerima didayakan AirPlay yang lain tersedia daripada pihak ketiga. Lawati Apple
Store dalam talian untuk mendapatkan butiran.
Strim kandungan ke peranti didayakan AirPlay: Mulakan video, pertunjukan slaid, atau muzik,
kemudian sentuh dan pilih peranti AirPlay. Apabila strim bermula, anda boleh keluar daripada
aplikasi yang memainkan kandungan.

34

Bab 3

Asas

background image

iPhone dan peranti didayakan AirPlay mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.

Dapatkan akses pantas kepada
kawalan AirPlay

Apabila skrin aktif, dwiklik butang Utama dan skrol ke hujung kiri pada
bar berbilang tugas.

Tukar output daripada AirPlay
kembali ke iPhone

Sentuh

dan pilih iPhone.

Pada iPhone 4S, anda boleh mencerminkan skrin iPhone pada TV dengan Apple TV. Segala-
galanya pada skrin iPhone muncul di TV.
Cerminkan skrin iPhone pada TV: Sentuh pada hujung kiri bar berbilang tugas, pilih Apple TV
dan sentuh butang Pencerminan yang muncul.

Bar biru muncul di bahagian atas skrin iPhone 4S semasa pencerminan AirPlay diaktifkan. Anda
juga boleh mencerminkan skrin iPhone pada TV menggunakan kabel. Lihat “Menonton video
pada TV” pada halaman 137.