iPhone - Perihal Kompas

background image

Perihal Kompas

Kompas terbina dalam menunjukkan arah hala iPhone anda dan koordinat geografi bagi lokasi
semasa anda. Anda boleh mendayakan kompas untuk menunjukkan utara magnetik atau utara
sebenar.

Penting:

Ketepatan kompas boleh terjejas daripada gangguan magnetik atau alam sekitar;

malahan magnet dalam alat cuping telinga iPhone boleh menyebabkan pemesongan. Gunakan
kompas digital hanya untuk bantuan navigasi asas dan jangan bergantung padanya untuk
menentukan lokasi, kehampiran, jarak atau arah yang tepat.

Jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan apabila anda membuka Kompas, anda mungkin digesa
untuk mengaktifkannya. Anda boleh menggunakan Kompas tanpa mengaktifkan Perkhidmatan
Lokasi. Lihat “Perkhidmatan Lokasi” pada halaman 174.

Pilih bacaan

Magnetik atau Sebenar.

Lokasi semasa

Arah iPhone

sedang menghala

Tunjukkan lokasi semasa anda dalam Peta.