iPhone - Menonton video pada TV

background image

Menonton video pada TV

Anda boleh strim video secara wayarles ke TV anda menggunakan AirPlay dan Apple TV, atau
menyambungkan iPhone ke TV anda menggunakan salah satu daripada kabel berikut:

Penyesuai AV Digittal Apple dan kabel HDMI (iPhone 4 atau lebih baru)

Â

Kabel AV Komponen Apple

Â

Kabel AV Komposit Apple

Â

Penyesuai VGA Apple dan kabel VGA

Â

137

Bab 25

Video

background image

Kabel, penyesuai dan dok Apple tersedia untuk dibeli secara berasingan di banyak kawasan. Pergi
ke www.apple.com/my/store atau semak dengan penjual Apple tempatan anda.
Strim video menggunakan AirPlay: Mulakan main balik video, kemudian sentuh dan pilih
Apple TV anda dari senarai peranti AirPlay. Jika tidak muncul atau jika anda tidak melihat Apple
TV dalam senarai peranti AirPlay, pastikan ia berada pada rangkaian wayarles yang sama seperti
iPhone. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “AirPlay” pada halaman 34.

Semasa video sedang bermain, anda boleh keluar daripada Video dan menggunakan aplikasi lain.
Untuk mengembalikan main balik ke iPhone, sentuh dan pilih iPhone.
Strim video menggunakan kabel: Gunakan kabel untuk menyambungkan iPhone ke TV anda
atau penerima AV dan pilih input yang sepadan.

Sambungkan menggunakan kabel
AV

Gunakan Kabel AV Komponen Apple, Kabel AV Komposit Apple atau kabel
serasi dengan iPhone lain yang dibenarkan. Anda juga boleh menggunakan
kabel ini dengan Dok Universal Apple untuk menyambungkan iPhone ke
TV anda. Anda boleh menggunakan kawalan jauh dok untuk mengawal
main balik.

Sambungkan menggunakan
Penyesuai AV Digital Apple
(iPhone 4 atau lebih baru)

Pasang Penyesuai AV Digital Apple ke penyambung Dok iPhone. Gunakan
kabel HDMI untuk menyambung port HDMI pada penyesuai ke TV atau
penerima anda. Untuk memastikan iPhone dicaj semasa menonton video,
gunakan Kabel Penyambung Dok ke USB Apple untuk menyambung port
30-pin pada penyesuai ke komputer anda, atau gunakan Penyesuai Kuasa
USB yang dipasang ke saluran keluar kuasa.

Sambung menggunakan Penyesuai
VGA

Pasang Penyesuai VGA ke penyambung Dok iPhone. Sambung Penyesuai
VGA dengan kabel VGA ke TV, projektor atau paparan VGA yang serasi.

Penyesuai AV Digital menyokong video definisi tinggi sehingga 720p dengan audio.

Apabila anda menyambungkan iPhone 4S ke TV atau projektor menggunakan Penyesuai AV
Digital Apple atau Penyesuai VGA, skrin iPhone dicerminkan secara automatik ke paparan luaran
pada resolusi sehingga 1080p dan video dimainkan pada resolusi maksimum 720p.

Dengan iPhone 4S anda juga boleh mencerminkan skrin pada TV secara wayarles menggunakan
Pencerminan AirPlay dan Apple TV. Lihat “AirPlay” pada halaman 34.