iPhone - Kenalan bersepadu

background image

Kenalan bersepadu

Apabila anda menyelaras kenalan dengan berbilang akaun, anda mungkin mempunyai entri
untuk orang yang sama dalam lebih daripada satu akaun. Untuk memastikan kenalan tidak
muncul dalam senarai Semua Kenalan, kenalan dari akaun berlainan yang mempunyai nama
yang sama dipautkan dan dipaparkan sebagai kenalan bersepadu tunggal. Apabila anda melihat
kenalan bersepadu, tajuk Info Bersepadu muncul pada bahagian atas skrin.
Pautkan kenalan: Sentuh Edit, kemudian sentuh dan pilih kenalan.

Jika anda memautkan kenalan dengan nama pertama atau akhir yang berbeza, nama kenalan
individu tidak akan berubah, tetapi hanya satu nama akan muncul pada kad bersepadu. Untuk
memilih nama yang muncul apabila anda melihat kad bersepadu, sentuh kad bersepadu dengan
nama yang anda inginkan, kemudian sentuh Gunakan Nama Ini Untuk Kad Bersepadu.

Lihat maklumat kenalan daripada
akaun sumber

Sentuh salah satu daripada akaun sumber.

Nyahpaut kenalan

Sentuh Edit, sentuh

, kemudian sentuh Nyahpaut.

Kenalan yang dipautkan tidak digabungkan. Jika anda menukar atau menambah maklumat dalam
kenalan bersepadu, perubahan disalin ke setiap akaun sumber dalam yang mana maklumat
tersebut sudah wujud.