iPhone - Perihal Newsstand

background image

Perihal Newsstand

Newsstand menyusun langganan majalah dan suratkhabar anda dengan rak yang membolehkan
anda mengakses penerbitan anda dengan cepat dan mudah. Aplikasi Newsstand muncul pada
rak dan apabila keluaran baru tersedia, lencana memaklumkan anda ia sedia untuk dibaca. Ia
dihantar ke iPhone secara automatik.

Sentuh dan tahan

penerbitan untuk

disusun semula.

Cari aplikasi Newsstand: Sentuh Newsstand untuk mendedahkan rak, kemudian sentuh Store.

Apabila anda membeli aplikasi newsstand, ia ditambah ke rak anda untuk akses mudah. Selepas
aplikasi di muat turun, bukanya untuk melihat keluarannya dan pilihan langganan.

Langganan adalah pembelian Dalam Aplikasi, yang dibilkan ke akaun kedai anda. Lihat “Seting
Store” pada halaman 131.

Harga berbeza-beza dan aplikasi Newsstand mungkin tidak tersedia di semua kawasan.