iPhone - Membeli muzik, buku audio dan nada

background image

Membeli muzik, buku audio dan nada

Apabila anda menemui lagu, album, nada isyarat, nada dering atau buku audio yang anda suka
dalam iTunes Store, anda boleh membeli dan memuat turunnya. Anda boleh pratonton item
sebelum anda membelinya, untuk memastikan anda mahukannya.
Pradengar lagu, nada dering atau buku audio: Sentuh item dan ikuti arahan atas skrin.

Tebus kad hadiah atau kod

Sentuh Muzik (sentuh More dahulu, jika Music tidak kelihatan), kemudian
sentuh Redeem berdekatan di bawah skrin dan kemudian ikut arahan
pada skrin. Apabila anda telah mendaftar masuk ke akaun anda, baki kredit
store anda muncul bersama maklumat Apple ID anda di bahagian bawah
kebanyakan skrin iTunes Store.

Lengkapkan album

Semasa melihat album, sentuh pada harga berdiskaun untuk lagu yang
tinggal di bawah Complete My Album (tidak tersedia dalam semua
kawasan). Untuk melihat tawaran untuk melengkapkan album lain, sentuh
Music, kemudian sentuh Complete My Album Offers.

Muat turun pembelian sebelumnya Sentuh Dibeli.

Anda juga boleh memuat turun item semasa menyemak imbas. Hanya
sentuh Download di mana anda biasanya melihat harga.

Muat turun pembelian yang dibuat
pada peranti iOS dan komputer lain
secara automatik

Pergi ke Seting > Store, kemudian aktifkan jenis pembelian yang anda
mahu dimuat turun secara automatik.