iPhone - Bermain bersama rakan

background image

Bermain bersama rakan

Game Center boleh menghubungkan anda dengan pemain dari seluruh dunia. Anda boleh
menambah rakan ke Game Center dengan membuat permintaan, atau dengan menerima
permintaan daripada pemain lain.
Jemput rakan untuk bermain permainan berbilang pemain: Sentuh Rakan, pilih rakan, pilih
permainan dan sentuh Main. Jika permainan membenarkan atau memerlukan pemain tambahan,
pilih pemain tambahan untuk dijemput, kemudian sentuh Seterusnya. Hantar jemputan anda,
kemudian tunggu untuk orang lain menerimanya. Apabila semua orang telah bersedia, mulakan
permainan.

Jika rakan tidak tersedia atau tidak membalas jemputan anda, anda boleh menyentuh Padan Auto
supaya Game Center mencari pemain lain untuk anda, atau sentuh Jemput Rakan bagi mencuba
menjemput rakan lain.

Hantar permintaan rakan

Sentuh Rakan atau Permintaan, sentuh , kemudian masukkan alamat
e-mel rakan atau nama samaran Game Center. Sentuh

untuk menyemak

imbas kenalan anda. Untuk menambah beberapa rakan dalam satu
permintaan, tekan Return selepas setiap alamat.

Balas kepada permintaan rakan

Sentuh Permintaan, sentuh permintaan, kemudian sentuh Terima atau
Abaikan. Untuk melaporkan masalah dengan permintaan, kuis ke atas dan
sentuh “Laporkan Masalah.”

Lihat permainan yang dimainkan
rakan dan semak skor rakan anda

Sentuh Rakan, sentuh nama rakan anda, kemudian sentuh Permainan atau
Mata.

121

Bab 20

Game Center

background image

Cari seseorang dalam senarai rakan
anda

Sentuh bar status untuk menskrol ke bahagian atas skrin, kemudian sentuh
medan carian dan mula menaip.

Halang jemputan permainan
daripada orang lain