iPhone - Persediaan dan pengaktifan

background image

Persediaan dan pengaktifan

Untuk menyediakan dan mengaktifkan iPhone, hidupkan iPhone dan ikuti Pembantu Persediaan.
Pembantu Persediaan membimbing anda menerusi proses persediaan, termasuk bersambung
kepada rangkaian Wi-Fi, mendaftar masuk dengan atau membuat Apple ID percuma,
menyediakan iCloud, mengaktifkan ciri-ciri yang disyorkan seperti Perkhidmatan Lokasi dan Cari
iPhone Saya dan mengaktifkan iPhone dengan pembawa anda. Anda juga boleh memulihkan
daripada sandaran iCloud dan iTunes semasa persediaan.

Pengaktifan boleh dilakukan melalui rangkaian Wi-Fi, atau dengan iPhone 4S, melalui rangkaian
selular pembawa anda (tidak tersedia di semua kawasan). Jika kedua-dua pilihan tidak tersedia,
anda perlu menyambungkan iPhone ke komputer anda untuk diaktifkan.