iPhone - Bersambung kepada Internet

background image

Bersambung kepada Internet

iPhone bersambung kepada Internet bila perlu, menggunakan sambungan Wi-Fi (jika tersedia)
atau rangkaian selular pembawa anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bersambung kepada
rangkaian Wi-Fi, lihat “Wi-Fi” pada halaman 172.

Nota: Jika sambungan Wi-Fi kepada Internet tidak tersedia, ciri dan perkhidmatan iPhone
tertentu mungkin memindahkan data menerusi rangkaian selular pembawa anda, yang mungkin
membawa bayaran tambahan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai
kadar pelan data selular anda. Untuk mengurus penggunaan data selular, lihat “Rangkaian” pada
halaman 177.