iPhone - Mengemas kini dan memulihkan perisian iPhone

background image

Mengemas kini dan memulihkan perisian iPhone

Anda boleh mengemas kini perisian iPhone dalam Seting atau dengan menggunakan iTunes.
Anda juga boleh memadam atau memulihkan iPhone, dan kemudian menggunakan iCloud atau
iTunes untuk memulihkan daripada sandaran.

Data yang dipadam tidak lagi dapat diakses melalui antara muka pengguna iPhone, tetapi
tidak dipadam daripada iPhone. Untuk mendapatkan maklumat mengenai memadam semua
kandungan dan seting, lihat “Reset” pada halaman 182.

Mengemas kini iPhone

Anda boleh mengemas kini perisian dalam Seting iPhone atau dengan menggunakan iTunes.
Kemas kini secara wayarles pada iPhone: Pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian. iPhone
menyemak kemas kinian perisian yang tersedia.
Kemas kini perisian dalam iTunes: iTunes menyemak kemas kinian perisian yang tersedia pada
setiap kali anda menyelaras iPhone menggunakan iTunes. Lihat “Menyelaras dengan iTunes” pada
halaman 18.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mengemas kini dan memulihkan perisian iPhone,
pergi ke support.apple.com/kb/HT4623.

Memulihkan iPhone

Anda boleh menggunakan iCloud atau iTunes untuk memulihkan iPhone daripada sandaran.
Pulihkan daripada sandaran iCloud: Reset iPhone untuk memadam semua seting dan maklumat.
Daftar masuk ke iCloud dan pilih Pulihkan daripada Sandaran dalam Pembantu Persediaan. Lihat
“Reset” pada halaman 182.
Pulihkan daripada sandaran iTunes: Sambungkan iPhone ke komputer yang anda biasanya
selaraskan, pilih iPhone dalam tetingkap iTunes dan klik Restore dalam anak tetingkap Summary.

Apabila perisian iPhone dipulihkan, anda boleh sama ada menyediakannya sebagai iPhone baru,
atau memulihkan muzik anda, video, data aplikasi dan kandungan lain daripada sandaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mengemas kini dan memulihkan perisian iPhone,
pergi ke support.apple.com/kb/HT1414.

190

Lampiran B

Sokongan dan Maklumat Lain