Memulakan semula atau mereset iPhone
Jika sesuatu tidak berfungsi dengan betul, cuba mulakan semula iPhone, memaksa aplikasi untuk
ditutup, atau mereset iPhone.
Mulakan semula iPhone: Tahan butang Hidup/Mati sehingga gelangsar merah muncul.
Luncurkan jari anda merentasi gelangsar untuk mematikan iPhone. Untuk menghidupkan semula
iPhone, tahan butang Hidup/Mati sehingga logo Apple muncul.
Henti paksa aplikasi untuk menutup: Tahan butang Hidup/Mati selama beberapa saat sehingga
gelangsar merah muncul, kemudian tahan butang Utama sehingga aplikasi ditutup.
Anda juga boleh mengeluarkan aplikasi daripada senarai terbaru untuk memaksanya ditutup.
Lihat “Membuka dan menukar aplikasi” pada halaman 20.
Jika anda tidak dapat mematikan iPhone atau jika masalah berterusan, anda mungkin perlu
mereset iPhone. Reset hanya perlu dilakukan jika mematikan dan menghidupkan iPhone tidak
menyelesaikan masalah.
Reset iPhone: Tahan butang Hidup/Mati dan butang Utama pada masa yang sama selama
sekurang-kurangnya sepuluh saat, sehingga logo Apple muncul.