Menambah dan mengeluarkan papan kekunci
Untuk menaip dalam bahasa berlainan pada iPhone, anda menggunakan papan kekunci
berlainan. Secara lalai, hanya papan kekunci untuk bahasa yang telah anda setkan tersedia. Untuk
menjadikan papan kekunci tersedia untuk bahasa lain, gunakan seting Papan Kekunci. Untuk
senarai papan kekunci iPhone yang disokong, pergi ke www.apple.com/iphone/specs.html.
Tambah papan kekunci: Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa, sentuh Papan Kekunci,
kemudian pilih papan kekunci dari senarai. Ulang untuk menambah lagi papan kekunci.
Keluarkan papan kekunci: Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Papan Kekunci, kemudian
sentuh Edit. Sentuh bersebelahan papan kekunci yang anda mahu keluarkan, kemudian
sentuh Padam.
Edit senarai papan kekunci anda: Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Papan Kekunci.
Sentuh Edit, kemudian seret bersebelahan papan kekunci untuk memindahkannya ke tempat
baru dalam senarai.