Bertukar papan kekunci
Untuk memasukkan teks dalam bahasa berlainan, tukar papan kekunci.
Tukar papan kekunci semasa menaip: Sentuh dan tahan kekunci Glob untuk memaparkan
semua papan kekunci yang didayakan. Untuk memilih papan kekunci, luncurkan jari anda ke
nama papan kekunci, kemudian lepaskan jari. Kekunci Glob muncul apabila anda mendayakan
lebih daripada satu papan kekunci.
Anda juga boleh menyentuh . Apabila anda menyentuh , nama papan kekunci yang baru
diaktifkan akan muncul seketika. Teruskan menyentuh untuk mengakses papan kekunci didayakan
yang lain.
Kebanyakan papan kekunci menyediakan huruf, nombor dan simbol yang tiada kelihatan pada
papan kekunci
Masukkan huruf beraksen atau aksara alternatif yang lain: Sentuh dan tahan huruf, nombor,
atau simbol yang berkaitan, kemudian luncurkan untuk memilih variasinya. Pada papan kekunci
Bahasa Thai, contohnya, anda boleh memilih nombor asli dengan menyentuh dan menahan
nombor Arab yang sepadan.