Bahasa Cina
Anda boleh menggunakan papan kekunci untuk menaip Bahasa Cina melalui beberapa cara
berlainan, termasuk Pinyin, Cangjie, Wubi Hua dan Zhuyin. Anda juga boleh menggunakan jari
anda untuk menulis aksara Bahasa Cina pada skrin.
184
Menaip menggunakan Pinyin
Gunakan papan kekunci QWERTY untuk menaip Pinyin Ringkas atau Tradisional. Semasa anda
menaip, aksara yang dicadangkan akan muncul. Sentuh cadangan untuk memilihnya, atau
teruskan menaip untuk melihat lebih banyak pilihan.
Jika anda terus memasukkan Pinyin tanpa ruang, cadangan ayat akan muncul.
Menaip menggunakan Cangjie
Bina aksara Bahasa Cina daripada kekunci komponen Cangjie. Semasa anda menaip, aksara yang
dicadangkan akan muncul. Sentuh aksara untuk memilihnya, atau teruskan menaip sehingga lima
komponen untuk melihat lebih banyak pilihan aksara.
Menaip menggunakan Goresan (Wubihua)
Gunakan papan kekunci untuk membina aksara Cina menggunakan sehingga lima goresan dalam
urutan tulisan yang betul: mendatar, menegak, kiri jatuh, kanan jatuh dan cangkuk. Contohnya,
aksara Cina 圈 (bulatan) hendaklah bermula dengan goresan menegak丨.
Semasa anda menaip, aksara cadangan muncul, dengan aksara paling lazim digunakan muncul
dahulu. Sentuh aksara untuk memilihnya.
Jika anda tidak pasti mengenai goresan yang betul, taipkan asterisk (*). Untuk melihat lagi pilihan
aksara, taipkan goresan lain, atau tatal menerusi senarai aksara.
Sentuh kekunci padanan (匹配) untuk hanya menunjukkan aksara yang betul-betul sepadan
dengan apa yang anda taip.
Menaip menggunakan Zhuyin
Gunakan papan kekunci untuk memasukkan huruf Zhuyin. Semasa anda menaip, aksara Cina
yang dicadangkan akan muncul. Sentuh cadangan untuk menggunakannya, atau teruskan
memasukkan Zhuyin bagi melihat lebih banyak pilihan. Selepas anda menaip huruf permulaan,
papan kekunci bertukar untuk menunjukkan lebih banyak huruf.
Jika anda terus menaip Zhuyin tanpa ruang, cadangan ayat akan muncul.
Melukis aksara Cina
Apabila format tulisan tangan Cina Ringkas atau Tradisional diaktifkan, anda boleh melukis atau
menulis aksara Cina terus pada skrin dengan jari anda. Sambil anda menulis goresan aksara,
iPhone mengecamnya dan menunjukkan aksara yang sepadan dalam senarai, dengan padanan
terdekat di bahagian atas. Apabila anda memilih aksara, aksara berikutnya yang berkemungkinan
akan muncul dalam senarai sebagai pilihan tambahan.
Pad sentuh
185
Lampiran A
Papan Kekunci Antarabangsa
Beberapa aksara kompleks, seperti 鱲 (sebahagian nama untuk Lapangan Terang Antarabangsa
Hong Kong), 𨋢 (lif) dan 㗎 (partikel digunakan dalam Kantonis), boleh ditaipkan dengan menulis
dua atau lagi aksara komponen mengikut urutan. Sentuh aksara untuk menggantikan aksara yang
anda taipkan.
Aksara Roman turut dikenali.
Bertukar antara Cina Ringkas dan Tradisional
Pilih aksara yang anda mahu tukar, kemudian sentuh Ganti. Lihat “Mengedit teks” pada
halaman 27. Anda boleh menaip keseluruhan frasa atau ayat sebelum menukar.