iPhone - Memainkan lagu dan audio lain

background image

Memainkan lagu dan audio lain

AMARAN:

Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat

Panduan Maklumat Produk Penting di support.apple.com/ms_MY/manuals/iphone.

Butang sepanjang bahagian bawah skrin membolehkan anda menyemak imbas kandungan pada
iPhone mengikut senarai main, artis, lagu dan kategori lain.
Mainkan lagu atau item lain: Sentuh item.

Gunakan kawalan atas skrin untuk mengawal main balik. Anda juga boleh menggunakan
butang pada fon kepala. Lihat “Fon Telinga Apple dengan Alat Kawalan Jauh dan Mikrofon” pada
halaman 34.

81

background image

Kembali ke skrin Kini Dimainkan: Sentuh Kini Dimainkan.

Seterusnya/

Maju pantas

Main/Jeda

Senarai tek

Balik

Kelantangan

Sebelumnya/

Putar balik

AirPlay

Sesuaikan butang semak imbas

Sentuh Lagi, sentuh Edit, kemudian seret ikon ke atas butang yang anda
mahu gantikan.

Dapatkan lebih banyak episod
podcast

Sentuh Podcast (sentuh More dahulu, jika Podcasts tidak kelihatan),
kemudian sentuh podcast bagi melihat episod yang tersedia.

Goncang untuk kocok

Goncang iPhone untuk mengaktifkan kocok dan menukar lagu. Sentuh
sekali lagi untuk bertukar ke lagu lain.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Goncang untuk Kocok, pergi ke
Seting > Muzik.

Mainkan muzik pada speaker
AirPlay atau Apple TV

Sentuh

. Lihat “AirPlay” pada halaman 34.

Paparkan lirik lagu

Sentuh seni album semasa memainkan lagu. (Lirik muncul jika anda telah
menambahnya ke lagu menggunakan tetingkap Info dalam iTunes dan
anda telah menyelaraskan iPhone dengan iTunes.)

Setkan pilihan untuk Muzik

Pergi ke Seting > Muzik.

Apabila menggunakan aplikasi lain, anda boleh memaparkan kawalan main balik audio dari
mendwiklik butang Utama , kemudian menguis dari kiri ke kanan sepanjang bahagian bawah
skrin.

Kawalan mengendalikan aplikasi yang bermain sekarang, atau—jika muzik dijeda—aplikasi
yang terbaru dimainkan. Ikon untuk aplikasi yang muncul di sebelah kanan. Sentuhnya untuk
membuka aplikasi. Kuis kanan sekali lagi untuk memaparkan kawalan kelantangan dan butang
AirPlay (apabila dalam julat liputan speaker Apple TV atau AirPlay).

Mendwiklik butang Utama turut memaparkan kawalan main balik audio apabila skrin dikunci.

82

Bab 8

Muzik