iPhone - iTunes Match

background image

Nota: iTunes Match tidak tersedia di semula kawasan. Caj data selular mungkin dikenakan jika
Seting > Muzik > Gunakan Data Selular diaktifkan.
Langgan kepada iTunes Match: Dalam iTunes pada komputer anda, pilih Store > Aktifkan iTunes
Match, kemudian klik butang Langgan.

Setelah anda melanggan, iTunes menambah muzik, senarai main dan Genius Mixes anda ke
iCloud. Lagu anda yang sepadan dengan muzik yang sudah berada dalam iTunes Store tersedia
secara automatik dalam iCloud. Sebarang lagu yang kekal dimuat naik. Anda boleh memuat
turun dan memainkan lagu yang dipadankan pada kualiti iTunes Plus (256 kbps AAC bebas DRM),
walaupun jika lagu asal anda dalam kualiti yang lebih rendah. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, lihat www.apple.com/asia/icloud/features.

Aktifkan iTunes Match

Pergi ke Seting > Muzik.
Mengaktifkan iTunes Match mengeluarkan muzik yang diselaraskan
daripada iPhone, dan menyahdayakan Genius Mixes dan Senarai Main
Genius.

Genius

Senarai main Genius adalah koleksi lagu dari pustaka anda yang menarik jika dimainkan bersama.
Anda boleh membuat senarai main Genius dalam iTunes dan menyelarasnya ke iPhone. Anda
juga boleh membuat dan menyimpan senarai main Genius terus pada iPhone.

Genius Mix adalah pilihan lagu dengan jenis muzik yang sama, dibuat semula daripada pustaka
anda pada setiap kali anda mendengar kepada campuran.

Untuk menggunakan Genius pada iPhone, aktifkan dahulu Genius dalam iTunes, kemudian
selaraskan iPhone dengan iTunes. Genius Mixes diselaraskan secara automatik, melainkan anda
mengurus muzik anda secara manual dan memilih gabungan yang ingin anda selaraskan dalam
iTunes. Genius adalah perkhidmatan percuma, tetapi ia memerlukan Apple ID.