iPhone - Melihat lampiran

background image

Melihat lampiran

iPhone memaparkan lampiran imej dalam banyak format yang biasa digunakan (JPEG, GIF
dan TIFF) dalam baris dengan teks dalam mesej e-mel. iPhone boleh memainkan banyak jenis
lampiran audio, seperti MP3, AAC, WAV dan AIFF. Anda boleh memuat turun dan melihat fail
(seperti PDF, halaman web, teks, Pages, Keynote, Numbers dan dokumen Microsoft Word, Excel
dan PowerPoint) yang dilampirkan pada mesej yang anda terima.
Lihat fail yang dilampirkan: Sentuh lampiran untuk membukanya dalam Quick Look. (Anda
mungkin perlu menunggu sehingga fail memuat turun sebelum melihatnya.)

Buka fail yang dilampirkan

Sentuh dan tahan lampiran, kemudian pilih aplikasi untuk membukanya.
Jika tiada daripada aplikasi anda menyokong fail dan ia bukan yang
disokong Quick Look, anda boleh melihat nama fail tetapi tidak dapat
membukanya.

Simpan foto atau video yang
dilampirkan

Sentuh dan tahan foto atau video, kemudian sentuh Simpan Imej atau
Video. Item disimpan kepada album Jalur Filem anda dalam aplikasi Foto.

Quick Look menyokong jenis dokumen berikut:

.doc, .docx

Microsoft Word

.htm, .html

halaman web

.key

Keynote

72

Bab 6

Mail

background image

.numbers

Numbers

.pages

Pages

.pdf

Preview, Adobe Acrobat

.ppt, .pptx

Microsoft PowerPoint

.rtf

Rich Text Format

.txt

teks

.vcf

maklumat hubungan

.xls, .xlsx

Microsoft Excel