iPhone - Akaun dan seting Mail

background image

Akaun dan seting Mail

Akaun

Untuk Mail dan akaun mel, pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar. Anda boleh menyediakan:

Microsoft Exchange

Â

iCloud

Â

MobileMe

Â

Google

Â

Yahoo!

Â

AOL

Â

Microsoft Hotmail

Â

Sistem mel POP dan IMAP lain

Â

Seting mungkin berbeza-beza, bergantung pada jenis akaun yang anda sediakan. Pembekal
khidmat anda atau pentadbir sistem boleh memberikan maklumat yang anda perlukan.
Tukar seting akaun: Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian buat
perubahan yang anda inginkan.

Perubahan yang anda buat kepada seting akaun pada iPhone tidak diselaraskan ke komputer
anda, jadi anda boleh mengkonfigurasikan akaun anda untuk berfungsi dengan iPhone tanpa
menjejaskan seting akaun pada komputer anda.

74

Bab 6

Mail

background image

Berhenti menggunakan akaun

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian
nyahaktifkan perkhidmatan akaun (seperti Mail, Kalendar, atau Nota).
Jika perkhidmatan akaun tidak aktif, iPhone tidak memaparkan atau
menyelaraskan maklumat dengan perkhidmatan akaun tersebut sehingga
anda mengaktifkannya kembali. Ini adalah cara yang baik untuk berhenti
menerima e-mel kerja semasa bercuti, contohnya.

Simpan draf, mesej dihantar dan
mesej dipadam pada iPhone

Untuk akaun IMAP, anda boleh menukar lokasi peti mel Draf, Dihantar dan
Dipadam. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian
sentuh Lanjutan.

Setkan tempoh masa sebelum
mesej dikeluarkan secara kekal
daripada Mail

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian sentuh
Lanjutan. Sentuh Kenalan, kemudian pilih masa: Jangan, atau selepas satu
hari, satu minggu, atau satu bulan.

Laraskan seting pelayan mel

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, kemudian pilih akaun. Tanya
pentadbir akaun anda atau pembekal khidmat Internet untuk seting yang
betul.

Laraskan SSL dan seting kata laluan Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian sentuh

Lanjutan. Tanya pentadbir akaun anda atau pembekal khidmat Internet
untuk seting yang betul.

Aktifkan atau nyahaktifkan Arkib
Mesej

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun anda, kemudian
aktifkan atau nyahaktifkan Arkib Mesej. Lihat “Menyusun mel” pada
halaman 73.

Padam akaun

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian tatal ke
bawah dan sentuh Padam Akaun.
Semua e-mel dan kenalan, kalendar dan maklumat penanda buku
diselaraskan dengan akaun tersebut akan dikeluarkan daripada iPhone.

Hantar mesej yang ditandatangani
dan dienkripsikan

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, pilih akaun, kemudian sentuh
Lanjutan. Aktifkan S/MIME, kemudian pilih sijil untuk menandatangani dan
mengenkripsikan mesej keluar.
Untuk memasang sijil, dapatkan profil konfigurasi daripada pentadbir
sistem anda, muat turun sijil daripada tapak web pengeluar menggunakan
Safari atau terimanya dalam lampiran Mail.

Setkan seting Push

Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Ambil Data Baru. Push
menghantar maklumat baru apabila iPhone disambungkan kepada
rangkaian Wi-Fi. Anda mungkin ingin menyahaktifkan Push untuk
menggantung penghantaran e-mel dan maklumat lain, atau untuk
menjimatkan hanya bateri. Apabila Push tidak aktif, gunakan seting Ambil
Data Baru untuk menentukan kekerapan data diminta. Untuk hayat bateri
yang optimum, jangan ambil terlalu kerap.

Setkan pilihan lain untuk Mail

Untuk seting yang digunakan untuk semua akaun anda, pergi ke Seting >
Mail, Kenalan, Kalendar.

Seting Mail

Untuk menukar seting yang digunakan untuk semua akaun anda, pergi ke Seting > Mail, Kenalan,
Kalendar.
Tukar nada yang dimainkan apabila mel dihantar atau diterima, pergi: Pergi ke Seting > Bunyi.

Ambil Data Baru

Seting ini membenarkan anda aktifkan atau nyahaktifkan Push bagi iCloud, Microsoft Exchange,
Yahoo! dan sebarang akaun push yang lain pada iPhone. Akaun Push menghantar maklumat baru
ke iPhone pada bila-bila masa maklumat baru muncul di pelayan (sedikit kelewatan mungkin
berlaku) dan apabila terdapat sambungan Internet. Anda mungkin ingin menyahaktifkan Push
untuk menggantung penghantaran e-mel dan maklumat lain, atau untuk menjimatkan hanya
bateri.

75

Bab 6

Mail

background image

Apabila Push dinyahaktifkan dan dengan akaun yang tidak menyokong push, data masih boleh
diambil—iaitu, iPhone boleh menyemak pelayan untuk melihat sama ada terdapat maklumat
baru. Gunakan seting Ambil Data Baru untuk menentukan kekerapan data diminta. Untuk hayat
bateri yang optimum, jangan ambil terlalu kerap. Mengeset Push ke TIDAK AKTIF (atau mengeset
Fetch ke Manual pada skrin Ambil Data Baru) menulis ganti seting akaun individu.
Setkan seting Push: Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Ambil Data Baru.

76

Bab 6

Mail