Pemajuan panggilan, panggilan menunggu dan ID pemanggil
Memajukan panggilan
Anda boleh setkan iPhone untuk memajukan panggilan telefon masuk ke nombor lain.
Nota: Panggilan FaceTime tidak akan dimajukan.
Aktifkan pemajuan panggilan (GSM): Pergi ke Seting > Telefon > Pemajuan Panggilan dan
aktifkan Pemajuan Panggilan. Pada skrin “Majukan ke”, masukkan nombor telefon yang anda mahu
panggilan dimajukan.
Aktifkan pemajuan panggilan (CDMA): Masukkan *72, diikuti dengan nombor ke mana anda
majukan panggilan, kemudian sentuh Panggil.
Untuk menyahaktifkan pemajuan panggilan (CDMA), masukkan *73, kemudian sentuh Panggilan.
Dengan GSM, ikon Pemajuan Panggilan ( ) muncul dalam bar status apabila pemajuan panggilan
aktif. Anda mesti berada dalam julat rangkaian selular apabila anda setkan iPhone untuk
memajukan panggilan, atau panggilan tidak akan dimajukan.
66
Bab 5
Telefon
Panggilan menunggu
Panggilan menunggu memberikan anda pilihan untuk mengambil panggilan masuk apabila anda
sudah dalam panggilan Anda boleh:
Mengabaikan panggilan masuk
Â
Pegang panggilan semasa dan jawab panggilan masuk
Â
Tamatkan panggilan semasa dan jawab panggilan masuk
Â
Jika anda dalam panggilan dan panggilan menunggu dinyahaktifkan, panggilan masuk akan
masuk terus ke mel suara. Lihat “Panggilan kedua” pada halaman 61.
Aktifkan panggilan menunggu (GSM): Pergi ke Seting > Telefon > Panggilan Menunggu.
Dengan CDMA, panggilan menunggu aktif secara lalai, tetapi boleh dinyahdayakan untuk
panggilan tunggal.
Nyahdayakan panggilan menunggu untuk panggilan (CDMA): Masukkan *70, kemudian dail
nombor.
ID Pemanggil
ID pemanggil memaparkan nama atau nombor telefon anda kepada orang yang anda panggil—
jika kelengkapan penerima mempunyai keupayaan tersebut dan anda tidak menyahaktifkan atau
menyekat ciri tersebut.
Nota: Untuk panggilan FaceTime, nombor telefon anda dipaparkan walaupun jika ID pemanggil
disekat atau dinyahaktifkan.
Aktifkan atau nyahaktifkan ID pemanggil (GSM): Pergi ke Seting > Telefon > Tunjukkan ID
Pemanggil Saya.
Dengan CDMA, ID pemanggil aktif secara lalai, tetapi boleh dinyahdayakan untuk panggilan
tunggal.
Sekat ID pemanggil untuk panggilan (CDMA): Masukkan *67, kemudian dail nombor.