iPhone - Panggilan antarabangsa

background image

Panggilan antarabangsa

Membuat panggilan antarabangsa dari kawasan rumah anda

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat panggilan dari kawasan rumah
anda, termasuk kadar dan caj lain yang mungkin dikenakan, hubungi pembawa anda atau pergi
ke laman web pembawa anda.

Menggunakan iPhone di luar negara

Apabila dalam perjalanan di luar negara, anda mungkin dapat menggunakan iPhone untuk
membuat panggilan, hantar dan terima mesej teks dan gunakan aplikasi yang mengakses
Internet, bergantung pada rangkaian tersedia.
Dayakan perayauan antarabangsa: Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat
mengenai ketersediaan dan bayaran.

Penting:

Cas perayauan suara, mesej teks dan data mungkin dikenakan. Untuk mengelakkan cas

untuk panggilan telefon dan data yang dihantar melalui rangkaian selular (termasuk mel suara
visual) apabila dalam perayauan di luar rangkaian pembawa anda, nyahaktifkan Perayauan Suara
dan Perayauan Data.

Jika anda memiliki iPhone 4S yang telah diaktifkan untuk berfungsi pada rangkaian CDMA, anda
mungkin dapat merayau pada rangkaian GSM jika telefon mempunyai pemasangan kad SIM.
Lihat “Memasang kad SIM” pada halaman 14. Apabila merayau dalam rangkaian GSM, iPhone
mempunyai akses kepada ciri-ciri rangkaian GSM. Caj mungkin dikenakan. Hubungi pembawa
anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nyahaktifkan Perayauan Suara
pada rangkaian CDMA

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian.
Menyahaktifkan Perayauan Suara menyahdayakan panggilan telefon
apabila anda di luar rangkaian pembawa anda.

Nyahaktifkan Perayauan Data

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian.
Menyahaktifkan Perayauan Data menyahdayakan transmisi data
melalui rangkaian selular. Aplikasi yang bergantung pada akses Internet
dinyahdayakan melainkan iPhone mempunyai akses kepada Internet
melalui sambungan Wi-Fi. Penghantaran mel suara visual digantung
apabila dalam perayauan melainkan pembawa anda tidak mengenakan cas
untuknya.

Setkan iPhone untuk menambah
awalan yang betul apabila mendail
dari negara lain

Pergi ke Seting > Telefon, kemudian aktifkan Bantuan Antarabangsa (tidak
tersedia dalam semua kawasan). Ini membolehkan anda menggunakan
kenalan dan kegemaran untuk membuat panggilan A.S. tanpa perlu
menambah awalan atau kod negara.

Setkan pembawa untuk digunakan Pergi ke Seting > Pembawa. Pilihan ini tersedia hanya apabila anda dalam

perjalanan di luar rangkaian pembawa anda dan dengan pembawa yang
mempunyai perjanjian perayauan dengan pembekal khidmat anda. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Pembawa” pada halaman 175.

Gunakan rangkaian GSM di luar
negara dengan iPhone yang
diaktifkan CDMA.

Pergi ke Seting > Rangkaian > Perayauan, kemudian nyahaktifkan CDMA
Antarabangsa.

Dapatkan mel suara apabila mel
suara visual tidak tersedia

Dail nombor anda sendiri (dengan CDMA, dail nombor anda diikuti dengan
#), atau sentuh dan tahan “1” pada pad kekunci numerik.

Nyahaktifkan data selular

Pergi ke Seting > Umum > Rangkaian.

68

Bab 5

Telefon

background image

Nyahaktifkan perkhidmatan selular Pergi ke Seting, sentuh Mod Pesawat bagi mengaktifkannya, kemudian

sentuh Wi-Fi dan aktifkan Wi-Fi.
Panggilan telefon masuk dihantar terus ke mel suara. Untuk membuat dan
menerima panggilan sekali lagi dan mendapatkan mesej mel suara anda,
nyahaktifkan mod pesawat.