Mel suara visual
Menyediakan mel suara
Pada iPhone, mel suara visual membolehkan anda melihat mesej anda dan memilih yang mana
untuk didengari atau dipadam, tanpa perlu mendengar kepada arahan atau mesej terdahulu.
Nota: Mel suara visual mungkin tidak tersedia di semua kawasan, atau mungkin merupakan
perkhidmatan pilihan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika mel
suara visual tidak tersedia, sentuh Mel suara dan ikut arahan suara untuk mengambil mesej anda.
Bilangan panggilan tidak dijawab dan
mesej mel suara yang belum didengari.
Kali pertama anda menyentuh Mel Suara, iPhone menggesa anda untuk membuat kata laluan mel
suara dan merakamkan ucapan mel suara anda.
Tukar ucapan anda: Sentuh Mel Suara, sentuh Ucapan, kemudian sentuh Tersuai. Sentuh Rakam
dan sebutkan ucapan anda. Apabila anda selesai, sentuh Henti.
64
Bab 5
Telefon
Untuk mendengar semula, sentuh Main. Untuk merakam semula, sentuh Rakam sekali lagi. Sentuh
Simpan apabila anda berpuas hati.
Gunakan ucapan lalai pembawa
anda
Sentuh Mel Suara, sentuh Ucapan, kemudian sentuh Lalai.
Setkan bunyi isyarat untuk mel
suara baru
Pergi ke Seting > Bunyi, kemudian aktifkan Mel Suara Baru. Isyarat berbunyi
sekali untuk setiap mel suara baru.
Jika suis Dering/Senyap dimatikan, iPhone tidak akan membunyikan isyarat.
Tukar kata laluan mel suara
Pergi ke Seting > Telefon > Tukar Kata laluan Mel Suara.
Menyemak mel suara
Apabila anda menyentuh Telefon, iPhone menunjukkan panggilan suara yang terlepas dan mesej
mel suara yang belum didengari.
Sentuh Mel suara untuk melihat senarai mesej anda.
Seret kepala main untuk
melangkau ke sebarang
ketika dalam mesej.
Mesej
belum dibaca
Main/Jeda
Maklumat kenalan
Bar leret
Telefon speaker (Audio,
apabila peranti Bluetooth
disambungkan. Sentuh
untuk memilih output
audio.)
Kembalikan
panggilan.
Dengar mesej mel suara: Sentuh Mel Suara, kemudian sentuh mesej.
Jika anda sudah mendengar mesej, sentuh mesej sekali lagi untuk memainkannya semula.
Gunakan dan untuk menjeda dan meneruskan main balik.
Selepas anda mendengar mesej, ia disimpan sehingga pembawa anda memadamnya.
Semak mel suara dari telefon lain
Dail nombor anda sendiri atau nombor akses jauh pembawa anda.
Memadam mesej
Padam mesej: Leret atau sentuh mesej, kemudian sentuh Padam.
Nota: Di beberapa kawasan, mesej mel suara visual yang dipadam mungkin dipadam secara kekal
oleh pembawa anda.
65
Bab 5
Telefon
Dengar mesej yang dipadam
Sentuh Mesej Dipadam (pada penghujung senarai), kemudian sentuh
mesej.
Nyahpadam mesej
Sentuh Mesej yang telah Dipadam (pada penghujung senarai), kemudian
sentuh mesej dan sentuh Nyahpadam.
Padam mesej secara kekal
Sentuh Mesej Dipadam (pada penghujung senarai), kemudian sentuh
Kosongkan Semua.