iPhone - FaceTime

background image

Nota: FaceTime mungkin tidak tersedia dalam semua kawasan.
Buat panggilan FaceTime: Dalam Kenalan, pilih nama, sentuh FaceTime, kemudian sentuh alamat
e-mel atau nombor telefon yang digunakan individu tersebut untuk FaceTime.
Untuk memanggil seseorang yang mempunyai iPhone 4 atau lebih baru, anda boleh mula
membuka panggilan suara, kemudian sentuh FaceTime.

63

Bab 5

Telefon

background image

Apabila panggilan suara diwujudkan, imej orang lain muncul atas skrin anda. Sisipan
menunjukkan apa yang dilihat orang lain. Pusing iPhone untuk menggunakan FaceTime dalam
orientasi landskap.

Tukar kamera.

Seret imej anda

ke sebarang penjuru.

Senyapkan (anda boleh mendengar dan melihat;

pemanggil boleh melihat tetapi tidak boleh mendengar).

Jika rangkaian Wi-Fi anda tidak tersedia (contohnya, jika anda di luar liputan), anda mendapat
pilihan untuk mendail semula nombor untuk panggilan suara.

Nota: Apabila anda membuat panggilan video FaceTime, nombor telefon anda dipaparkan
walaupun jika ID pemanggil disekat atau dimatikan.

Buat panggilan FaceTime
menggunakan Siri atau Kawalan
Suara

Tekan dan tahan butang Utama sehingga anda mendengar nada. Dengan
Siri (iPhone 4S), anda juga boleh memegang iPhone ke telinga anda
semasa skrin aktif. Sebutkan “FaceTime,” diikuti nama orang untuk dipanggil.

Sekat panggilan FaceTime

Pergi ke Seting > FaceTime dan nyahaktifkan FaceTime. Anda juga
boleh menyahdayakan FaceTime dalam Sekatan. Lihat “Sekatan” pada
halaman 180.

Gunakan Apple ID atau alamat
e-mel anda untuk FaceTime

Pergi ke Seting > FaceTime, kemudian sentuh “Gunakan Apple ID anda
untuk FaceTime” atau Tambbah E-mel. Lihat “FaceTime” pada halaman 63.