Memperbetulkan Siri
Jika Siri menghadapi masalah
Kadangkala Siri mungkin menghadapi masalah memahami anda. Persekitaran yang bising,
contohnya, boleh menyukarkan Siri untuk mendengar apa yang anda sebutkan. Jika anda
bercakap dengan akses, Siri boleh mengambil sedikit masa untuk biasa dengan suara anda. Jika
Siri tidak mendengar anda dengar betul, anda boleh membuat pembetulan.
Siri menunjukkan apa yang didengarinya anda berkata, bersama-sama dengan responsnya.
Betulkan apa yang Siri dengar anda berkata: Sentuh gelembung yang menunjukkan apa yang
Siri dengar anda berkata. Edit permintaan anda dengan menaip, atau sentuh pada papan
kekunci untuk merencanakan.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan perencanaan, lihat “Rencana” pada
halaman 57.
Jika beberapa teks digaris bawah dalam warna biru, sentuhnya dan ciri mencadangkan beberapa
alternatif. Sentuh salah satu cadangan, atau gantikan teks dengan menaip atau merencanakan.
Perbetulkan Siri melalui suara: Sentuh , kemudian nyatakan semula atau jelaskan permintaan
anda. Contohnya, “I meant Boston.”
Apabila memperbetulkan Siri, jangan sebut apa yang anda tidak mahu—hanya beritahu Siri apa
yang anda inginkan.
Perbetulkan mel atau mesej teks: Jika Siri bertanya sama ada anda ingin menghantar mesej,
anda boleh menyatakan sesuatu seperti:
44
Bab 4
Siri
“Change it to: Call me tomorrow.”
“Add: See you there question mark.”
“No, send it to Bob.”
“No.” (untuk menyimpan mesej tanpa menghantarnya)
“Cancel.”
Untuk membolehkan Siri membaca mesej kepada anda, sebutkan “Read it back to me” atau “Read
me the message.” Jika ia betul, sebutkan sesuatu seperti “Yes, send it.”
Lihat “Mel” pada halaman 51 dan “Mesej” pada halaman 47.
Cara Siri belajar
Siri berfungsi dari permulaan tanpa persediaan dan menjadi lebih bagus sepanjang masa. Siri
mempelajari akses anda dan ciri-ciri lain pada suara anda dan mengkategorikan suara anda ke
dalam salah satu dialeknya atau akses yang ia fahami. Apabila lebih banyak orang menggunakan
Siri dan sambil ia didedahkan kepada lebih banyak variasi bahasa, pengecaman akan bertambah
baik dan Siri akan berfungsi dengan lebih bagus.
Persekitaran bising
Dalam persekitaran bising, pegang iPhone anda dekat dengan mulut anda tetapi jangan bercakap
terus ke hujung bawah. Teruskan bercakaplah dengan jelas dan secara semula jadi. Sentuh
apabila anda selesai bercakap.
Anda juga boleh mencuba memegang iPhone ke telinga anda untuk bercakap dengan Siri.
Sambungan rangkaian
Siri mungkin memberitahu anda bahawa ia sedang menghadapi masalah bersambung ke
rangkaian. Disebabkan Siri bergantung pada pelayan Apple untuk pengecaman suara dan
perkhidmatan lain, anda perlu mempunyai sambungan selular 3G atau 4G atau Wi-Fi ke Internet.