Pembawa
Seting ini muncul pada rangkaian GSM apabila anda di luar rangkaian pembawa anda dan
rangkaian data pembawa tempatan yang lain tersedia untuk digunakan bagi panggilan telefon,
mel suara visual dan sambungan Internet rangkaian selular anda. Anda hanya boleh membuat
panggilan pada pembawa yang mempunyai perjanjian perayauan dengan pembawa anda.
Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Caj perayauan mungkin dibilkan kepada anda oleh
pembawa lain, menerusi pembawa anda.
Pilih pembawa: Pergi ke Seting > Pembawa dan pilih rangkaian yang anda mahu gunakan.
Setelah anda memilih rangkaian, iPhone hanya menggunakan rangkaian tersebut. Jika rangkaian
tidak tersedia, “Tiada perkhidmatan” muncul pada iPhone.