
Kecerahan
Kecerahan skrin mempengaruhi hayat bateri. Malapkan skrin untuk melanjutkan masa sebelum
anda perlu mengecas iPhone, atau gunakan Kecerahan Auto.
Laraskan kecerahan skrin: Pergi ke Seting > Kecerahan dan seret gelangsar.
Setkan sama ada iPhone
melaraskan skrin secara automatik
Pergi ke Seting > Kecerahan dan aktifkan atau nyahaktifkan Kecerahan
Auto. Jika Kecerahan Auto aktif, iPhone melaraskan kecerahan skrin untuk
keadaan cahaya semasa menggunakan sensor lampu ambien.