iPhone - VoiceOver

background image

VoiceOver

Â

Penghalaan audio panggilan

Â

Siri

Â

Zum

Â

Teks Besar

Â

Putih atas Hitam

Â

Sebut Pilihan

Â

Sebut Teks Auto

Â

Audio Mono dan imbangan

Â

Mod Alat Bantuan Pendengaran (iPhone 4 GSM)

Â

Getaran Diperibadikan

Â

Denyar LED untuk Isyarat

Â

AssistiveTouch

Â

Sokongan untuk paparan Braille

Â

Main balik kandungan kapsyen tertutup

Â

Kecuali VoiceOver, ciri kebolehcapaian ini berfungsi dengan kebanyakan aplikasi iPhone, termasuk
aplikasi pihak ketiga yang anda muat turun dari App Store. VoiceOver berfungsi dengan semua
aplikasi yang diprapasang pada iPhone dan dengan kebanyakan aplikasi pihak ketiga.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri kebolehcapaian iPhone, pergi ke
www.apple.com/accessibility.

Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri individu dalam seting Kebolehcapaian iPhone.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan beberapa ciri dalam iTunes apabila iPhone
disambungkan ke komputer anda.
Aktifkan ciri kebolehcapaian menggunakan iPhone: Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian.
Aktifkan ciri kebolehcapaian menggunakan iTunes: Sambungkan iPhone ke komputer anda dan
pilih iPhone dalam senarai peranti iTunes. Klik Summary, kemudian klik Configure Universal Access
di bahagian bawah skrin Summary.

Teks Besar hanya boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan dalam seting iPhone. Lihat “Teks
Besar” pada halaman 167.

VoiceOver

VoiceOver memerihalkan dengan lantang apa yang muncul atas skrin, supaya anda boleh
menggunakan iPhone tanpa melihatnya.

154

background image

VoiceOver memberitahu anda mengenai setiap elemen pada skrin apabila anda memilihnya.
Apabila anda memilih elemen, segi empat tepat hitam (kursor VoiceOver) merangkuminya dan
VoiceOver menyebut nama atau memerihalkan item.

Sentuh skrin atau seret jari anda untuk mendengar item berlainan pada skrin. Apabila anda
memilih teks, VoiceOver membaca teks. Jika anda mengaktifkan Sebut Petunjuk, VoiceOver
mungkin memberitahu anda nama item tersebut dan memberikan arahan kepada anda—
contohnya, “dwisentuh untuk membuka.” Untuk berinteraksi dengan item atas skrin, seperti
butang dan pautan, gunakan gerak isyarat seperti yang diterangkan dalam “Mempelajari gerak
isyarat VoiceOver” pada halaman 158.

Apabila anda pergi ke skrin baru, VoiceOver memainkan bunyi dan secara automatik memilih dan
menuturkan elemen pertama pada skrin (biasanya, item pada penjuru kiri atas). VoiceOver turut
memberitahu anda apabila paparan bertukar ke orientasi landskap atau potret, dan apabila skrin
dikunci atau dibuka kunci.

Nota: VoiceOver bertutur dalam bahasa yang ditentukan dalam seting Antarabangsa, yang
mungkin dipengaruhi oleh seting Format Rantau (Seting > umum > Antarabangsa > Format
Rantau). VoiceOver tersedia dalam kebanyakan bahasa, tetapi bukan semua bahasa.

Menyediakan VoiceOver

Penting:

VoiceOver menukar gerak isyarat yang anda gunakan untuk mengawal iPhone. Apabila

VoiceOver diaktifkan, anda mesti menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk mengendalikan
iPhone—walaupun untuk menyahaktifkan VoiceOver sekali lagi untuk meneruskan operasi
standard.

Nota: Anda tidak boleh menggunakan VoiceOver dan Zum pada masa yang sama.
Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver: Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver.
Anda juga boleh setkan Klik tiga kali butang Utama untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan
VoiceOver. Lihat “Klik tiga kali Utama” pada halaman 166.

Aktifkan atau nyahaktifkan sebutan
petunjuk

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver. Jika Sebut Petua
diaktifkan, VoiceOver mungkin memberitahu anda tindakan item tersebut
atau memberikan arahan kepada anda—contohnya, “dwisentuh untuk
membuka.” Anda juga boleh menambah Petunjuk kepada rotor, kemudian
meleret ke atas atau bawah untuk melaraskannya. Lihat “Menggunakan
kawalan rotor VoiceOver” pada halaman 159.

Setkan kadar pertuturan VoiceOver Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver dan seret

gelangsar Kadar Pertuturan. Anda juga boleh menambah Kadar Pertuturan
kepada rotor, kemudian meleret ke atas atau bawah untuk melaraskannya.
Lihat “Menggunakan kawalan rotor VoiceOver” pada halaman 159.

Tukar maklum balas menaip

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Maklum Balas
Menaip.

Gunakan fonetik dalam maklum
balas menaip

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan
Fonetik. Teks dibaca aksara demi aksara. Voiceover menyebut aksara dahulu,
kemudian fonetik yang sepadan dengannya—contohnya, “f” dan kemudian
“foxtrot.”

155

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Gunakan perubahan nada

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan
Perubahan Pic. VoiceOver menggunakan nada yang lebih tinggi semasa
memasukkan huruf, dan nada yang lebih rendah semasa memadam huruf.
VoiceOver turut menggunakan nada yang lebih tinggi semasa menyebut
item pertama dalam kumpulan (seperti senarai atau jadual) dan nada yang
lebih rendah semasa menyebut item terakhir dalam kumpulan.

Setkan piliahn rotor

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Rotor. Sentuh
untuk memilih atau menyahpilih pilihan, atau seret ke atas untuk
menempatkan semula item.

Tukar sebutan VoiceOver

Setkan rotor ke bahasa dan kemudian leret ke atas atau ke bawah.
Kedudukan Rotor Bahasa sentiasa tersedia apabila anda telah memilih lebih
daripada satu sebutan.

Pilih sebutan yang tersedia dalam
rotor bahasa

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Bahasa Rotor.
Untuk menukar kedudukan bahasa dalam senarai, seret ke atas atau
bawah.

Tukar bahasa untuk iPhone

Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Bahasa. Beberapa bahasa
mungkin dipengaruhi oleh seting Format Rantau (Seting > Umum >
Antarabangsa > Format Rantau).

Langkau imej semasa menavigasi

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Navigasi Imej.
Anda boleh memilih untuk melangkau semua iej atau hanya imej yang
tiada perihalan.

Sebutkan pemberitahuan apabila
anda membuka kunci iPhone

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Pemberitahuan
Pertuturan. Jika ini dinyahaktifkan, iPhone yang bertutur pada masa anda
membuka kuncinya.

Menggunakan VoiceOver

Pilih item pada skrin: Seret jari anda di atas skrin. VoiceOver mengenal pasti setiap elemen
apabila anda menyentuhnya. Anda juga boleh bergerak secara sistematik dari satu elemen ke
elemen berikutnya dengan menguis ke kiri atau ke kanan dengan satu jari. Elemen dipilih dari kiri
ke kanan, atas ke bawah. Kuis kanan untuk pergi ke elemen seterusnya, atau kuis kiri untuk pergi
ke elemen sebelumnya.

Dayakan navigasi menegak

Tambah Navigasi Menegak kepada rotor, gunakan rotor untuk memilihnya,
kemudian leret ke atas atau ke bawah untuk beralih ke item di atas atau di
bawah. Lihat “Menggunakan kawalan rotor VoiceOver” pada halaman 159.

Pilih elemen pertama atau terakhir
atas skrin

Kuis ke atas atau ke bawah dengan empat jari.

Buka Kunci iPhone

Pilih butang Buka kunci, kemudian dwisentuh skrin.

Pilih item ikut nama

Sentuh tiga kali dengan dua jari di mana-mana atas skrin untuk membuka
Pemilih Item. Kemudian taipkan nama dalam medan carian, atau kuis ke
kanan atau kiri untuk bergerak menerusi senarai mengikut abjad, atau
sentuh indeks jadual di sebelah kanan senarai dan kuis ke atas atau ke
bawah untuk bergerak dengan cepat menerusi senarai item.

Tukar nama item skrin supaya ia
mudah ditemui

Sentuh dan tahan dengan dua jari di mana-mana atas skrin.

Sebutkan teks bagi elemen yang dipilih: Kuis ke atas atau ke bawah dengan satu jari untuk
membaca perkataan atau aksara seterusnya atau sebelumnya (pusing kawalan rotor untuk
memilih aksara atau perkataan). Anda boleh menyertakan ejaan fonetik. Lihat “Menyediakan
VoiceOver” pada halaman 155.

156

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Berhenti menyebut item

Sentuh sekali dengan dua jari. Sentuh sekali lagi dengan dua jari untuk
meneruskan pertuturan. Pertuturan diteruskan secara automatik apabila
anda memilih item lain.

Tukar kelantangan pertuturan

Gunakan butang kelantangan iPhone, atau tambah kelantangan kepada
rotor dan leret ke atas atau ke bawah untuk melaraskannya. Lihat
“Menggunakan kawalan rotor VoiceOver” pada halaman 159.

Senyapkan VoiceOver

Dwisentuh dengan tiga jari. Dwisentuh sekali lagi dengan tiga jari untuk
mengaktifkan semula pertuturan. Untuk menyahaktifkan hanya bunyi
VoiceOver, setkan suis Dering/Senyap ke Senyap. Jika papan kekunci luaran
disambungkan, anda juga boleh menekan kekunci Control pada papan
kekunci untuk menyenyapkan atau menyahsenyapkan VoiceOver.

Tukar suara membaca

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan Suara
Mampat.

Tuturkan keseluruhan skrin dari
atas

Kuis ke atas dengan dua jari.

Tuturkan dari item semasa ke
bahagian bawah skrin

Kuis ke bawah dengan dua jari.

Sebutkan maklumat status iPhone

Sentuh bahagian atas skrin untuk mendengar maklumat seperti masa,
hayat bateri, kekuatan isyarat Wi-Fi dan banyak lagi.

“Sentuh” item yang dipilih apabila VoiceOver aktif: Dwisentuh pada mana-mana bahagian atas
skrin.

“Dwisentuh” item yang dipilih
apabila VoiceOver aktif:

Sentuh tiga kali pada mana-mana bahagian di atas skrin.

Laraskan gelangsar

Dengan satu jari, kuis ke atas untuk meningkatkan seting atau ke bawah
bagi mengurangkan seting. VoiceOver mengumumkan seting semasa anda
mengubahnya.

Tatal senarai atau satu bahagian
pada skrin:

Kuis ke atas atau ke bawah dengan tiga jari. Kuis ke bawah untuk ke
halaman bawah menerusi senarai atau skrin, atau kuis ke atas untuk ke
halaman atas. Apabila bergerak mengikut halaman menerusi senarai,
VoiceOver menyebut rangkaian item yang dipaparkan (contohnya,
“menunjukkan baris 5 hingga 10”). Anda juga boleh menskrol berterusan
menerusi senarai, selain daripada bergerak mengikut halaman. Dwisentuh
dan tahan. Apabila anda mendengar satu siri nada, anda boleh
menggerakkan jari anda ke atas atau ke bawah untuk menskrol senarai.
Penskrolan berterusan berhenti apabila anda mengangkat jari anda.

Gunakan indeks senarai

Sesetengah senarai mempunyai indeks mengikut abjad di sebelah kanan.
Indeks tidak boleh dipilih dengan menguis antara elemen; anda mesti
menyentuh indeks secara terus untuk memilihnya. Dengan indeks dipilih,
kuis ke atas atau ke bawah untuk bergerak menerusi indeks. Anda juga
boleh dwisentuh, kemudian luncurkan jari anda ke atas atau ke bawah.

157

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Susun semula senarai

Sesetengah senarai, seperti Kegemaran dalam Telefon dan Rotor dan Rotor
Bahasa dalam seting Kebolehcapaian boleh disusun semula. Pilih di
sebelah kanan item, dwisentuh dan tahan sehingga anda mendengar
bunyi, kemudian seret ke atas atau bawah. VoiceOver menyebut item yang
telah anda gerakkan ke atas atau ke bawah, bergantung pada arah anda
menyeret.

Susun semula skrin Utama

Pada skrin Utama, pilih ikon yang anda mahu pindahkan. Dwisentuh dan
tahan ikon, kemudian seretnya. VoiceOver menyebut kedudukan baris dan
lajur apabila anda menyeret ikon. Lepaskan ikon apabila ia berada pada
lokasi yang anda inginkan. Anda boleh menyeret ikon tambahan. Seret item
ke pinggir kiri atau kanan skrin untuk memindahkannya ke halaman lain
pada skrin Utama. Apabila anda selesai, tekan butang Utama .

Aktifkan atau nyahaktifkan tirai
skrin

Sentuh tiga kali dengan tiga jari. Apabila tirai skrin aktif, kandungan skrin
adalah aktif walaupun apabila paparan dimatikan.

Buka Kunci iPhone

Pilih suis Buka kunci, kemudian dwisentuh skrin.

Mempelajari gerak isyarat VoiceOver

Apabila VoiceOver diaktifkan, gerak isyarat skrin sentuh standard mempunyai kesan berlainan. Ini
dan gerak isyarat tambahan membolehkan anda bergerak di sekitar skrin dan untuk mengawal
elemen individu apabila ia dipilih. Gerak isyarat VoiceOver termasuk menggunakan gerak isyarat
dua dan tiga jari untuk menyentuh atau menguis. Untuk mendapatkan hasil terbaik semasa
menggunakan gerak isyarat dua dan tiga jari, bertenang dan biarkan jari anda menyentuh skrin
dengan sedikit ruang antara jari anda.

Anda boleh menggunakan gerak isyarat standard apabila VoiceOver diaktifkan, dengan dwisentuh
dan menahan jari anda pada skrin. Satu siri nada menunjukkan gerak isyarat biasa sedang berlaku.
Ia kekal berfungsi sehingga anda mengangkat jari anda. Kemudian gerak isyarat VoiceOver
diteruskan.

Anda boleh menggunakan teknik berlainan untuk memasukkan gerak isyarat VoiceOver.
Contohnya, anda boleh memasukkan sentuhan dua jari dengan menggunakan dua jari pada satu
tangan, atau satu jari pada setiap tangan. Anda juga boleh menggunakan ibu jari anda. Ramai
mendapati gerak isyarat “sentuhan terpisah” sangat efektif: daripada memilih item dan dwisentuh,
anda boleh menyentuh dan menahan item dengan satu jari, kemudian sentuh skrin dengan jari
lain. Cuba teknik berlainan untuk menentukan yang mana berfungsi terbaik bagi anda.

Jika gerak isyarat anda tidak berfungsi, cuba gerakkan yang lebih cepat, terutamanya untuk gerak
isyarat dwisentuh dan menguis. Untuk menguis, cuba menyapu pada skrin dengan cepat dengan
jari-jari anda. Apabila VoiceOver diaktifkan, butang Latihan VoiceOver muncul, yang memberi
anda peluang untuk berlatih gerak isyarat VoiceOver sebelum meneruskan.
Latih gerak isyarat: Dalam Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian sentuh
Latihan VoiceOver. Apabila anda selesai berlatih, sentuh Selesai.
Jika anda tidak melihat butang Latihan VoiceOver, pastikan VoiceOver diaktifkan.

Berikut adalah ringkasan gerak isyarat VoiceOver yang utama:

Navigasi dan baca

Â

Sentuh: Sebutkan item:

Â

Kuis ke kanan atau kiri: Pilih item seterusnya atau sebelumnya.

Â

Kuis ke atas atau ke bawah: Bergantung pada seting Kawalan Rotor. Lihat “Menggunakan
kawalan rotor VoiceOver” pada halaman 159.

Â

Sentuh dua jari: Berhenti menyebut item semasa.

158

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Â

Kuis ke atas dua jari: Baca semuanya dari bahagian atas skrin.

Â

Kuis ke bawah dua jari: Baca semua daru kedudukan semasa.

Â

“Gosokan” dua jari: Gerakkan dua jari ke belakang dan depan tiga kali dengan cepat (menulis
“z”) untuk menolak isyarat atau kembali ke skrin sebelumnya.

Â

Sentuh tiga kali dua jari: Buka Pemilih Item.

Â

Kuis tiga jari ke atas atau ke bawah: skrol satu halaman pada satu masa.

Â

Kuis tiga jari ke kanan atau kiri: Pergi ke halaman seterusnya atau sebelumnya (seperti skrin
Utama, Saham atau Safari).

Â

Sentuh tiga jari: Sebutkan maklumat tambahan, seperti kedudukan dalam senarai atau sama
ada teks dipilih.

Â

Sentuh empat jari di bahagian atas skrin: Pilih item pertama pada halaman.

Â

Sentuh empat jari di bahagian bawah skrin: Pilih item terakhir pada halaman.

Aktifkan

Â

Dwisentuh: Aktifkan item yang terpilih.

Â

Sentuh tiga jari: Dwisentuh item.

Â

Sentuhan terpisah: Alternatif kepada memilih item dan dwisentuh adalah dengan menyentuh
item dengan satu jari, kemudian menyentuh skrin dengan jari lain bagi mengaktifkan item.

Â

Sentuh item dengan satu jari, sentuh skrin dengan jari yang lain (“sentuhan terpisah”): Aktifkan
item.

Â

Dwisentuh dan tahan (1 saat) + gerak isyarat standard: Gunakan gerak isyarat standard.
Gerak isyarat dwisentuh dan tahan memberitahu iPhone untuk menginterpretasi gerak isyarat
seterusnya sebagai standard. Contohnya, anda boleh dwisentuh dan tahan, dan kemudian
tanpa mengangkat jari anda, seret jari anda untuk meluncurkan suis.

Â

Dwisentuh dua jari: Jawab dan tamatkan panggilan. Main atau jeda dalam Muzik, Video,
YouTube, Memo Suara atau Foto. Ambil foto (Kamera). Mula atau jeda rakaman dalam Kamera
atau Memo Suara. Mula atau hentikan jam randik.

Â

Dwisentuh dua jari dan tahan: Buka pelabel elemen.

Â

Sentuh tiga kali dua jari: Buka Pemilih Item.

Â

Dwisentuh tiga jari: Senyapkan atau nyahsenyap VoiceOver.

Â

Sentuh tiga kali tiga jari. Aktifkan atau nyahaktifkan tirai skrin.

Menggunakan kawalan rotor VoiceOver

Kawalan rotor adalah dail maya yang boleh anda gunakan untuk menukar hasil gerak isyarat
menguis ke atas dan ke bawah apabila VoiceOver diaktifkan.
Kendalikan rotor: Pusing dua jari pada skrin iPhone di sekeliling satu titik antaranya.

Tukar pilihan yang termasuk dalam rotor: Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian >
VoiceOver > Rotor dan pilih pilihan yang anda mahu tersedia menggunakan rotor.

159

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Kesan seting rotor bergantung pada apa yang anda sedang lakukan. Jika anda sedang membaca
teks dalam e-mel yang anda terima, anda boleh menggunakan rotor untuk bertukar antara
mendengar teks disebut perkataan demi perkataan atau aksara demi aksara apabila anda
menguis ke atas atau ke bawah. Jika anda melayari halaman web, anda boleh menggunakan
seting rotor untuk mendengar semua teks (sama ada perkataan demi perkataan atau aksara demi
aksara), atau melompat dari satu elemen ke elemen lain dari jenis tertentu, seperti tajuk atau
pautan.

Membaca teks
Pilih dan dengar teks mengikut:

Aksara, perkataan atau baris

Â

Pertuturan
Laraskan pertuturan VoiceOver mengikut:

Kelantangan atau kadar

Â

Penggunaan gema menaip, perubahan pic atau fonetik (menggunakan Papan Kekunci Wayarles

Â

Apple)

Lihat “Mengawal VoiceOver menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple” pada halaman 163.

Menavigasi
Pilih dan dengar item mengikut:

Aksara, perkataan atau baris

Â

Tajuk

Â

Pautan, pautan telah dilawati, pautan tidak dilawati atau pautan dalam halaman

Â

Kawalan borang

Â

Jadual atau baris (semasa menavigasi jadual)

Â

Senarai

Â

Tanda tempat

Â

Imej

Â

Teks statik

Â

Item daripada jenis yang sama

Â

Butang

Â

Medan teks

Â

Medan carian

Â

Bekas (rantau skrin seperti dok)

Â

Zum masuk atau keluar

Memasukkan teks
Gerakkan titik pemasukan dan dengar teks mengikut:

Aksara, perkataan atau baris

Â

Pilih fungsi edit

Pilih bahasa

Menggunakan kawalan
Pilih dan dengar nilai mengikut:

Aksara, perkataan atau baris

Â

160

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Laraskan nilai bagi objek kawalan

Memasukkan dan mengedit teks dengan VoiceOver

Apabila anda memilih medan teks dengan VoiceOver, anda boleh menggunakan papan kekunci
atas skrin atau papan kekunci luaran yang disambung ke iPhone untuk memasukkan teks.

Terdapat dua cara untuk memasukkan teks dalam VoiceOver—penaipan standard dan penaipan
sentuh. Dengan penaipan standard, anda memilih kekunci, kemudian dwisentuh skrin bagi
memasukkan aksara. Dengan penaipan sentuh, anda sentuh untuk memilih kekunci dan aksara
dimasukkan secara automatik apabila anda mengangkat jari. Penaipan sentuh boleh menjadi
lebih cepat, tetapi mungkin memerlukan lebih banyak latihan berbanding penaipan standard.

VoiceOver juga membolehkan anda menggunakan ciri pengeditan iPhone untuk memotong,
menyalin, atau menampal dalam medan teks.
Masukkan teks: Pilih medan teks yang boleh diedit, dwisentuh untuk memaparkan titik
pemasukan dan papan kekunci atas skrin dan taipkan aksara.

Â

Penaipan standard: Pilih kunci pada papan kekunci dengan menyelak ke kiri atau ke kanan,
kemudian dwisentuh bagi memasukkan aksara. Atau gerakkan jari anda pada papan kekunci
untuk memilih kekunci dan dengan terus menahan kekunci dengan satu jari, sentuh skrin
dengan jari yang lain. VoiceOver menyebut kekunci apabila ia dipilih, dan sekali lagi apabila
aksara dimasukkan.

Â

Penaipan sentuh: Sentuh kekunci pada papan kekunci untuk memilihnya, kemudian angkat jari
anda bagi memasukkan aksara. Jika anda menyentuh kekunci yang salah, gerakkan jari anda
pada papan kekunci sehingga anda memilih kekunci yang anda inginkan. VoiceOver menyebut
aksara untuk setiap kekunci apabila anda menyentuhnya, tetapi tidak memasukkan aksara
sehingga anda mengangkat jari anda.
Nota: Penaipan sentuh berfungsi hanya untuk kekunci yang memasukkan teks. Gunakan
penaipan standard untuk kekunci lain seperti Shift, Delete, dan Return.

Gerakkan titik pemasukan: Kuis ke atas atau ke bawah untuk menggerakkan titik pemasukan
ke hadapan atau ke belakang dalam teks. Gunakan rotor untuk memilih sama ada anda ingin
menggerakkan titik pemasukan mengikut aksara, perkataan atau mengikut baris. VoiceOver
mengeluarkan bunyi apabila titik pemasukan bergerak dan menyebut aksara, perkataan atau baris
yang digerakkan oleh titik pemasukan.

Apabila bergerak ke hadapan mengikut perkataan, titik pemasukan ditempatkan di penghujung
setiap perkataan sebelum ruang atau tanda baca yang mengikutinya. Apabila bergerak ke
hadapan, titik pemasukan ditempatkan di penghujung perkataan yang direntas, sebelum ruang
atau tanda baca yang mengikutinya. Untuk menggerakkan titik pemasukan melepasi tanda baca
di penghujung perkataan atau ayat, gunakan rotor bagi bertukar kembali ke mod aksara. Apabila
menggerakkan titik pemasukan mengikut baris, VoiceOver menyebut setiap baris apabila anda
bergerak merentasinya. Apabila bergerak ke hadapan, titik pemasukan ditempatkan di permulaan
baris seterusnya (kecuali apabila anda mencapai baris terakhir dalam perenggan, dalam mana
titik pemasukan digerakkan ke penghujung baris yang baru disebutkan). Apabila bergerak ke
belakang, titik pemasukan ditempatkan di permulaan baris yang disebutkan.

161

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Pilih penaipan standard atau
sentuh

Dengan VoiceOver diaktifkan dan kekunci dipilih pada papan kekunci,
gunakan rotor bagi memilih Mod Menaip, kemudian kuis ke atas atau ke
bawah.

Padam aksara

Pilih

, kemudian dwisentuh atau sentuhan terpisah. Anda mesti

melakukan yang ini walaupun semasa penaipan sentuh. Untuk memadam
berbilang aksara, sentuh dan tahan kekunci Padam, kemudian sentuh
skrin dengan jari lain sekali bagi setiap aksara yang anda mahu padam.
VoiceOver menyebut aksara sambil ia dipadam. Jika Gunakan Perubahan
Nada aktif, VoiceOver menyebut aksara yang dipadam dalam nada yang
lebih rendah.

Pilih teks

Setkan rotor ke Edit, kuis ke atas atau ke bawah untuk memilih Pilih atau
Pilih Semua, kemudian dwisentuh. Jika anda memilih Pilih, perkataan yang
paling hampir dengan titik pemasukan dipilih apabila anda dwisentuh.
Jika anda memilih Pilih Semua, keseluruhan teks dipilih. Cubit terbuka atau
rapat untuk meningkatkan atau mengurangkan pilihan.

Potong, salin atau tampal

Pastikan rotor disetkan ke edit. Dengan teks dipilih, kuis ke atas atau ke
bawah untuk memilih Potong, Salin, atau Tampal, kemudian dwisentuh.

Batalkan

Goncang iPhone, kuis ke kiri atau kanan untuk memilih tindakan untuk
buat asal, kemudian dwisentuh.

Masukkan aksara yang beraksen

Dalam mod penaipan standard, pilih aksara yang biasa, kemudian
dwisentuh dan tahan sehingga anda mendengar bunyi yang menunjukkan
aksara berlainan telah muncul. Seret ke kiri atau kanan untuk memilih dan
mendengar pilihan. Lepaskan jari anda untuk memasukkan pilihan semasa.

Tukar bahasa yang sedang anda
taip

Setkan rotor ke Bahasa, kemudian kuis ke atas atau ke bawah. Pilih
“bahasa lalai” untuk menggunakan bahasa yang ditentukan dalam
seting Antarabangsa. Rotor Bahasa hanya muncul jika anda memilih
lebih daripada satu bahasa dalam seting Rotor Bahasa VoiceOver. Lihat
“Menyediakan VoiceOver” pada halaman 155.

Membuat panggilan telefon dengan VoiceOver

Dwisentuh skrin dengan dua jari bagi menjawab atau menamatkan panggilan. Apabila panggilan
telefon dibuat apabila VoiceOver aktif, skrin memaparkan pad kekunci nombor secara lalai,
berbanding menunjukkan pilihan panggilan. Ini menjadikannya mudah untuk menggunakan pad
kekunci bagi membalas kepada menu pilihan apabila anda mencapai sistem automatik.
Paparkan pilihan panggilan: Pilih butang Sembunyikan Pad Kekunci dalam penjuru kanan
bawah dan dwisentuh.
Paparkan pad kekunci angka sekali lagi: Pilih butang Pad kekunci berhampiran bahagian tengah
skrin dan dwisentuh.

Menggunakan VoiceOver dengan Safari

Apabila anda mencari web dalam Safari dengan VoiceOver aktif, item rotor Hasil Carian
membolehkan anda mendengar senarai frasa carian yang dicadangkan.
Cari di web: Pilih medan carian, masukkan carian anda, kemudian pilih Hasil Carian
menggunakan rotor. Kuis ke kanan atau kiri untuk bergerak ke bawah atau atas senarai, kemudian
dwisentuh skrin untuk mencari web menggunakan frasa carian semasa.

Menggunakan VoiceOver dengan Peta

Gunakan VoiceOver untuk zum masuk atau keluar, pilih pin dan dapatkan maklumat mengenai
lokasi.
Zum masuk atau zum keluar: Pilih peta, gunakan rotor untuk memilih mod zum, kemudian kuis
ke atas atau ke bawah untuk zum masuk atau zum keluar.

162

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Pilih pin: Sentuh pin, atau kuis ke kiri atau ke kanan untuk bergerak dari satu item ke item yang
lain.
Dapatkan maklumat mengenai lokasi: Dengan pin dipilih, dwisentuh untuk memaparkan
bendera maklumat. Kuis ke kiri atau ke kanan untuk butang Maklumat Lanjut, kemudian
dwisentuh bagi memaparkan halaman maklumat.

Mengedit video dan memo suara dengan VoiceOver

Anda boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk memotong rakaman Video kamera dan
Memo Suara.
Memotong memo suara: Pada skrin Memo Suara, pilih butang di sebelah kanan memo yang
ingin anda potong, kemudian dwisentuh. Kemudian pilih Potong Memo dan dwisentuh. Pilih
permulaan atau penghujung alat memotong. Kuis ke atas untuk menyeret ke kanan, atau kuis ke
bawah bagi menyeret ke kiri. VoiceOver mengumumkan jumlah masa kedudukan semasa akan
memotong daripada rakaman. Untuk menjalankan pemotongan, pilih Potong Memo Suara dan
dwisentuh.
Potong video: Semasa melihat video dalam Foto, dwisentuh skrin untuk memaparkan kawalan
video, kemudian pilih permulaan atau penamatan alat memotong. Kemudian kuis ke atas untuk
menyeret ke kanan, atau kuis ke bawah bagi menyeret ke kiri. VoiceOver mengumumkan jumlah
masa kedudukan semasa akan memotong daripada rakaman. Untuk menjalankan pemotongan,
pilih Potong dan dwisentuh.

Mengawal VoiceOver menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple

Anda boleh mengawal VoiceOver on iPhone menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple. Lihat
“Menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple” pada halaman 28.

Anda boleh menggunakan arahan papan kekunci VoiceOver untuk menavigasi skrin, memilih
item, membaca kandungan skrin, melaraskan rotor dan menjalankan tindakan VoiceOver lain.
Semua arahan papan kekunci (kecuali satu) termasuk Control-Option, disingkatkan dalam jadual
di bawah sebagai “VO.”

Bantuan VoiceOver menuturkan arahan kekunci atau papan kekunci semasa anda menaipnya.
Anda boleh menggunakan Bantuan VoiceOver untuk mempelajari skroletak papan kekunci dan
tindakan yang dikaitkan dengan kombinasi kekunci.

Arahan papan kekunci VoiceOver
VO = Control-Option

Baca semua, bermula daripada
kedudukan semasa

VO–A

Baca dari atas

VO–B

Bergerak ke bar status

VO–M

Tekan butang Utama

VO–H

Pilih item seterusnya atau
sebelumnya

VO–Anak Panah Kanan atau VO–Anak Panah Kiri

Sentuh item

VO–Space bar

Dwisentuh dengan dua jari

VO–”-”

Pilih item rotor seterusnya atau
sebelumnya

VO–Anak Panah Atas atau VO–Anak Panah Bawah

163

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Pilih item rotor pertuturan
seterusnya atau sebelumnya

VO–Command–Anak Panah Kiri atau VO–Command–Anak Panah Kanan

Laraskan item rotor pertuturan

VO–Command–Anak Panah Atas atau VO–Command–Anak Panah Bawah

Senyapkan atau nyahsenyap
VoiceOver

VO–S

Aktifkan atau nyahaktifkan tirai
skrin

VO–Shift-S

Aktifkan bantuan VoiceOver

VO–K

Kembali ke skrin sebelumnya, atau
nyahaktifkan bantuan VoiceOver

Escape

Navigasi Cepat
Aktifkan Navigasi Cepat untuk mengawal VoiceOver menggunakan kekunci anak panah. Navigasi
Cepat tidak aktif secara lalai.

Aktifkan atau nyahaktifkan
Navigasi Cepat

Anak Panah Kiri–Anak Panah Kanan

Pilih item seterusnya atau
sebelumnya

Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri

Pilih item seterusnya atau
sebelumnya yang ditentukan oleh
seting rotor

Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah

Pilih item pertama atau terakhir

Control-Anak Panah Atas atau Control–Anak Panah Bawah

"Sentuh” item

Anak Panah Atas–Anak Panah Bawah

Skrol ke atas, bawah, kiri, atau
kanan

Option–Anak Panah Atas, Option–Anak Panah Bawah, Option–Anak Panah
Kiri, atau Option–Anak Panah Kanan

Tukar rotor

Anak Panah Atas–Anak Panah Kiri atau Anak Panah Atas–Anak Panah Kanan

Anda juga boleh menggunakan kekunci nombor pada Papan Kekunci Wayarles Apple untuk
mendail nombor telefon dalam Telefon atau memasukkan nombor dalam Kalkulator.

Navigasi Pantas Satu Huruf untuk web
Apabila anda melihat halaman web dengan Navigasi Pantas didayakan, anda boleh menggunakan
kekunci berikut pada papan kekunci untuk menavigasi halaman dengan cepat. Menaip kekunci
bergerak ke item seterusnya bagi jenis yang ditunjukkan. Tahan kekunci Shift semasa anda
menaip huruf untuk bergerak ke item sebelumnya.

H

Tajuk

L

Pautan

R

Medan teks

B

Butang

C

Kawalan borang

I

Imej

T

Jadual

S

Teks statik

164

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

W

Tanda tempat ARIA

X

Senarai

M

Elemen daripada jenis yang sama

1

Pengepala paras 1

2

Pengepala paras 2

3

Pengepala paras 3

4

Pengepala paras 4

5

Pengepala paras 5

6

Pengepala paras 6

Menggunakan paparan Braille dengan VoiceOver

Anda boleh menggunakan paparan braille Bluetooth yang boleh disegar semula untuk membaca
output VoiceOver dalam braille dan anda boleh menggunakan paparan braille dengan kekunci
input dan kawalan lain untuk mengawal iPhone apabila VoiceOver diaktifkan. iPhone berfungsi
dengan banyak paparan wayarles braille. Untuk senarai paparan yang disokong, pergi ke
www.apple.com/accessibility/iphone/braille-display.html.
Sediakan paparan Braille: Hidupkan paparan, kemudian pergi ke Seting > Umum > Bluetooth
dan aktifkan Bluetooth. Kemudian, pergi Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille
dan pilih paparan.

Aktifkan atau nyahaktifkan braille
disingkatkan

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille.

Aktifkan atau nyahaktifkan braille
lapan titik

Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perintah umum braille untuk navigasi VoiceOve dan
untuk maklumat yang khusus untuk paparan tertentu, pergi ke support.apple.com/kb/HT4400.

Paparan Braille menggunakan bahasa yang disetkan untuk Kawalan Suara. Ini biasanya adalah
bahasa yang disetkan untuk iPhone dalam Seting > Antarabangsa > Bahasa. Anda boleh
menggunakan seting bahasa VoiceOver untuk mengeset bahasa berlainan bagi paparan
VoiceOver dan Braille.
Setkan bahasa untuk VoiceOver: Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Kawalan Suara,
kemudian pilih bahasa.

Jika anda menukar bahasa untuk iPhone, anda mungkin perlu mereset bahasa untuk VoiceOver
dan paparan braille anda.

Anda boleh setkan sel paling kiri atau paling kanan paparan Braille anda untuk menyediakan
status sistem dan maklumat lain:

Sejarah Pengumuman mengandungi mesej yang belum dibaca

Â

Mesej Sejarah Pengumuman semasa belum lagi dibaca

Â

Pertuturan VoiceOver disenyapkan

Â

Bateri iPhone adalah rendah (kurang daripada 20% cas)

Â

iPhone dalam orientasi landskap

Â

Paparan skrin dimatikan

Â

Baris semasa mengandungi teks tambahan di sebelah kiri

Â

165

Bab 31

Kebolehcapaian

background image

Baris semasa mengandungi teks tambahan di sebelah kanan

Â

Setkan sel paling kiri atau paling kanan untuk memaparkan maklumat status: Pergi ke Seting >
Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille > Sel Status dan sentuh Kiri atau Kanan.
Lihat penerangan sel status yang dikembangkan: Pada paparan Braille anda, tekan butang
penghalaan sel status.