iPhone - Klik tiga kali Utama

background image

Klik tiga kali Utama

Klik tiga kali Utama memberikan cara mudah untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan beberapa
ciri Kebolehcapaian apabila anda menekan butang Utama tiga kali dengan cepat. Anda boleh
setkan Klik Tiga Kali Utama kepada:

Mengaktifkan atau menyahaktifkan VoiceOver

Â

Mengaktifkan atau menyahaktifkan Putih atas Hitam

Â

Mengaktifkan atau menyahaktifkan Zum

Â

Aktifkan atau nyahaktifkan Sentuhan Bantuan (AssistiveTouch)

Â

Anda juga boleh mengeset Klik Tiga Kali Utama untuk memberikan pilihan untuk mengaktifkan
atau menyahaktifkan VoiceOver, Putih atas Hitam atau Zum. Klik tiga kali butang Utama
dinyahaktifkan secara lalai.
Setkan fungsi Klik tiga kali butang Utama: Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Klik
Tiga Kali Utama.

Zum

Banyak aplikasi iPhone membolehkan anda zum masuk atau keluar pada elemen tertentu.
Contohnya, anda boleh dwisentuh atau gunakan gerak isyarat mencubit untuk membesarkan
lajur halaman web dalam Safari.

Zum adalah ciri kebolehcapaian khas yang membolehkan anda membesarkan keseluruhan skrin
bagi sebarang aplikasi yang anda gunakan, bagi membantu anda melihat apa yang ada pada
paparan.