iPhone - Keserasian alat bantuan pendengaran

background image

Keserasian alat bantuan pendengaran

FCC telah menggunakan peraturan keserasian alat bantuan pendengaran (HAC) untuk telefon
wayarles digital. Peraturan ini memerlukan telefon tertentu untuk diuji dan dinilai di bawah
standard keserasian alat bantuan pendengaran C63.19-2007 oleh American National Standard
Institute (ANSI). Standard ANSI untuk keserasian alat bantuan pendengaran mengandungi dua
jenis rating: rating “M” untuk gangguan frekuensi radio yang dikurangkan untuk mendayakan
berpasangan akustik dengan alat bantuan pendengaran yang tidak beroperasi dalam mod
tele-gelung dan rating “T” untuk berpasangan secara induktif bagi alat bantuan pendengaran
yang beroperasi dalam mod tele-gelung. Rating ini diberi pada skala satu hingga empat, di
mana empat adalah paling serasi. Telefon dianggap serasi alat bantuan pendengaran di bawah
peraturan FCC jika ia dikadarkan M3 atau M4 untuk berpasangan akustik dan T3 atau T4 untuk
berpasangan induktif.

Untuk rating keserasian alat bantuan pendengaran iPhone semasa, pergi www.apple.com/
support/hac.

Rating keserasian alat bantuan pendengaran tidak menjamin bahawa alat bantuan pendengaran
tertentu akan berfungsi dengan telefon tertentu. Sesetengah alat bantuan pendengaran mungkin
berfungsi dengan baik dengan telefon yang tidak memenuhi rating tertentu. Untuk memastikan
saling operasi antara alat bantuan pendengaran dan telefon, gunakannya bersama-sama sebelum
pembelian.

Mod Alat Bantuan Pendengaran
iPhone 4 GSM mempunyai Mod Alat Bantuan Pendengaran yang, apabila diaktifkan, mungkin
mengurangkan gangguan dengan sesetengah model alat bantuan pendengaran . Mod Alat
Bantuan Pendengaran mengurangkan kuasa transmisi bagi radio selular dalam jalur GSM 1900
MHz dan mungkin menyebabkan pengurangan dalam liputan seluar 2G.
Aktifkan Alat Bantuan Pendengaran (iPhone 4 GSM): Pergi ke Seting > Umum >
Kebolehcapaian.