Menyusun rak buku
Gunakan rak buku untuk melayari buku dan PDF anda. Anda hanya boleh menyusun item ke
dalam koleksi.
Sentuh dan tahan buku
untuk disusun semula.
Lihat koleksi.
Pindahkan buku atau PDF ke koleksi: Pergi ke rak buku dan sentuh Edit. Pilih item yang anda
mahu pindahkan, kemudian sentuh Pindah dan pilih koleksi.
152
Bab 30
iBooks
Apabila anda menambah buku atau PDF ke rak buku anda, ia muncul dalam koleksi Buku atau
PDF anda. Dari situ, anda boleh memindahkannya ke koleksi yang berbeza. Anda mungkin mahu
membuat koleksi untuk kerja dan sekolah, contohnya, atau untuk rujukan dan pembacaan santai.
Lihat koleksi
Sentuh nama koleksi semasa di bahagian atas skrin, kemudian pilih yang
baru daripada senarai yang muncul.
Urus koleksi
Sentuh nama koleksi semasa yang sedang anda lihat, seperti Buku atau PDF,
untuk memaparkan senarai koleksi.
Anda tidak boleh mengedit atau mengeluarkan koleksi Buku dan PDF
terbina dalam.
Isih rak buku
Sentuh bar status untuk menskrol ke bahagian atas skrin, kemudian sentuh
dan pilih kaedah isihan daripada pilihan di bahagian bawah skrin.
Padam item daripada penanda
buku
Sentuh Edit, kemudian sentuh setiap buku atau PDF yang anda mahu
padam supaya tanda semak muncul. Sentuh Padam. Apabila anda selesai,
sentuh Selesai.
Jika anda memadam buku yang telah anda beli, anda boleh memuat
turunnya sekali lagi daripada Purchases dalam iBookstore.
Cari buku
Pergi ke rak buku. Sentuh bar status untuk menskrol ke bahagian atas skrin,
kemudian sentuh . Cari akan mencari tajuk dan nama pengarang.
153
Bab 30
iBooks