Menggunakan iBookstore
Dalam aplikasi iBooks, sentuh Store untuk membuka iBookstore. Dari situ, anda boleh menyemak
imbas buku yang ditampilkan atau buku terlaris, dan menyemak imbas buku mengikut pengarang
atau topik. Apabila anda menemui buku yang anda sukai, anda boleh membeli dan memuat
turunnya.
Nota: Beberapa ciri iBookstore mungkin tidak tersedia di semua kawasan.
Beli buku: Cari buku yang anda inginkan, sentuh harga, kemudian sentuh Beli Buku, atau
Dapatkan Buku, jika ia percuma.
Dapatkan maklumat mengenai
buku
Anda boleh membaca ringkasan buku, membaca ulasan dan muat turun
sampel buku sebelum membelinya. Selepas membeli buku, anda boleh
menulis ulasan anda sendiri.
Muat turun pembelian sebelumnya Sentuh Dibeli.
Anda juga boleh memuat turun item semasa menyemak imbas; hanya
sentuh Muat Turun di mana anda biasanya melihat harga.
Muat turun pembelian yang dibuat
pada peranti iOS dan komputer lain
secara automatik
Dalam Seting, pilih Store, kemudian aktifkan jenis pembelian yang anda
mahu dimuat turun secara automatik.
149