Mencetak atau e-mel PDF
Anda boleh menggunakan iBooks untuk menghantar salinan PDF melalui e-mel, atau mencetak
keseluruhan atau sebahagian PDF ke pencetak yang disokong.
Anda boleh e-melkan atau mencetak PDF, tetapi bukan buku.
E-melkan PDF: Buka PDF, kemudian sentuh dan pilih E-mel Dokumen. Mesej baru muncul
dengan PDF dilampirkan. Apabila anda selesai memasukkan alamat dan menulis mesej anda,
sentuh Hantar.
Cetak PDF
Buka PDF, kemudian sentuh
dan pilih Cetak. Pilih pencetak,
julat halaman dan bilangan salinan, kemudian sentuh Cetak. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Mencetak” pada halaman 29.