iPhone - Peranti Bluetooth

background image

Peranti Bluetooth

Anda boleh menggunakan iPhone dengan papan Kekunci Wayarles Apple dan peranti Bluetooth
lain, seperti headset Bluetooth, kit kereta dan fon kepala stereo. Fon kepala Bluetooth pihak ketiga
mungkin menyokong kawalan kelantangan dan main balik. Lihat dokumentasi yang disertakan
dengan peranti Bluetooth anda. Untuk profil Bluetooth yang disokong, pergi ke
support.apple.com/kb/HT3647.

Memasangkan peranti Bluetooth dengan iPhone

AMARAN:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mengelakkan kehilangan

pendengaran dan mengenai pemanduan selamat, lihat Panduan Maklumat Produk Penting di
support.apple.com/ms_MY/manuals/iphone/.

Sebelum anda boleh menggunakan peranti Bluetooth dengan iPhone, anda mesti
memasangkannya dahulu.

Pasangkan headset Bluetooth, kit kereta atau peranti lain dengan iPhone:

1

Ikut arahan yang disertakan dengan peranti untuk menjadikannya boleh ditemui atau untuk

mengesetnya bagi mencari peranti Bluetooth yang lain.

2

Pergi ke Seting > Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.

3

Pilih peranti pada iPhone dan masukkan kunci laluan atau nombor PIN. Lihat arahan mengenai

kunci laluan atau PIN yang disertakan dengan peranti.
Selepas anda memasangkan peranti Bluetooth untuk berfungsi dengan iPhone, anda mesti
membuat sambungan supaya iPhone menggunakan peranti untuk panggilan anda. Lihat
dokumentasi yang disertakan dengan peranti ini.
Apabila iPhone disambungkan ke headset atau kit kereta Bluetooth, panggilan keluar dihalakan
menerusi peranti. Panggilan masuk dihalakan menerusi peranti jika anda jawab menggunakan
peranti dan menerusi iPhone jika anda menjawab menggunakan iPhone.

Pasangkan Papan Kekunci Wayarles Apple dengan iPhone:

1

Pergi ke Seting > Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.

2

Tekan butang kuasa pada Papan Kekunci Wayarles Apple untuk mengaktifkannya.

3

Pada iPhone, pilih papan kekunci yang disenaraikan di bawah Peranti.

4

Taipkan kunci laluan pada papan kekunci seperti yang diarahkan, kemudian tekan Return.

35

Bab 3

Asas

background image

Nota: Anda hanya boleh memasangkan Papan Kekunci Wayarles Apple dengan iPhone pada satu-
satu masa. Untuk memasangkan papan kekunci berlainan, anda mesti membatalkan pasangan
papan kekunci semasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple” pada
halaman 28.

Status Bluetooth

Ikon Bluetooth muncul dalam bar status iPhone di bahagian atas skrin:

Â

atau : Bluetooth aktif dan dipasangkan dengan peranti. (Warna bergantung pada warna

semasa bar status.)

Â

: Bluetooth aktif dan dipasangkan dengan peranti, tetapi peranti di uar julat liputan atau

dimatikan.

Â

Tiada ikon Bluetooth: Bluetooth tidak aktif dan tidak dipasangkan dengan peranti.

Menyahpasang peranti Bluetooth dengan iPhone

Anda boleh menyahpasang peranti Bluetooth jika anda tidak mahu menggunakannya dengan
iPhone dan banyak lagi.

Batalkan pasangan peranti Bluetooth:

1

Pergi ke Seting > Umum > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth.

2

Sentuh bersebelahan nama peranti, kemudian sentuh “Lupakan Peranti Ini.”