iPhone - Pemberitahuan

background image

Tunjukkan Pusat Pemberitahuan: Seret ke bawah dari atas skrin. Skrol senarai untuk melihat
isyarat tambahan.

Isyarat juga muncul pada skrin kunci, atau seketika di atas skrin apabila anda menggunakan
iPhone. Anda boleh melihat semua isyarat semasa dalam Pusat Pemberitahuan.

Banyak aplikasi, seperti Telefon, Mesej, Mel dan App Store boleh memaparkan lencana pada
ikon skrin Utamanya dengan nombor (untuk menunjukkan item masuk) atau tanda seruan
(bagi menunjukkan masalah). Jika aplikasi ini disimpan di dalam folder, lencana muncul di atas
folder. Lencana bernombor menunjukkan jumlah item yang anda belum beri perhatian, seperti
panggilan telefon, mesej e-mel, mesej teks dan aplikasi yang dikemas kini untuk dimuat turun.
Lencana dengan tanda seruan menunjukkan masalah dengan aplikasi.

Balas kepada isyarat dalam Pusat
Pemberitahuan

Sentuh isyarat.

Balas kepada isyarat pada skrin
kunci

Leret ikon yang dipaparkan dalam isyarat ke kanan.

Keluarkan isyarat daripada Pusat
Pemberitahuan

Sentuh

, kemudian sentuh Kosongkan.

Setkan pilihan untuk
pemberitahuan

Pergi ke Seting > Pemberitahuan.

32

Bab 3

Asas

background image

Twitter

Daftar masuk ke akaun Twitter anda (atau buat akaun baru) dalam Seting untuk mendayakan
Tweet dengan lampiran daripada aplikasi berikut:

Kamera atau Foto—dengan foto

Â

Safari—dengan halaman web

Â

Peta—dengan lokasi

Â

YouTube—dengan video

Â