iPhone - Menggunakan aplikasi

background image

Menggunakan aplikasi

Skrin Berbilang Sentuh resolusi tinggi dan gerak isyarat jari yang ringkas menjadikannya mudah
untuk menggunakan aplikasi iPhone.

Membuka dan menukar aplikasi

Tekan butang Utama untuk pergi ke skrin Utama dan melihat aplikasi anda.
Buka aplikasi: Sentuhnya.

Untuk kembali ke skrin Utama, tekan butang Utama sekali lagi. Kuis kiri atau kanan untuk
melihat skrin Utama lain.

Kuis ke kiri atau kanan untuk

bertukar ke skrin Utama lain.

Dwiklik butang Utama untuk mendedahkan bar berbilang tugas, yang menunjukkan aplikasi
terbaru digunakan anda. Sentuh aplikasi untuk membukanya semula, atau kuis untuk melihat
lebih banyak aplikasi.

Aplikasi yang digunakan

baru-baru ini

20

background image

Keluarkan aplikasi daripada bar
berbilang tugas

Sentuh dan tahan ikon aplikasi sehingga ia mula bergoyang, kemudian
sentuh

. Mengeluarkan aplikasi daripada berbilang tugas turut

memaksanya untuk berhenti.

Menskrol

Seret ke atas atau bawah untuk menskrol. Pada sesetengah skrin seperti halaman web, anda juga
boleh menskrol dari sisi ke sisi.

Menyeret jari anda untuk menskrol tidak akan memilih atau mengaktifkan apa-apa pada skrin.

Kuis untuk menskrol cepat.

Anda boleh menunggu sehingga penskrolan berhenti, atau menyentuh skrin untuk
menghentikannya serta merta. Menyentuh skrin untuk menghentikan penskrolan tidak akan
memilih atau mengaktifkan apa-apa.

Untuk menskrol ke bahagian atas senarai, sentuh bar status di bahagian atas skrin.

Seret jari anda sepanjang

indeks untuk menskrol lebih

cepat. Sentuh huruf untuk

melompat ke seksyen.

21

Bab 3

Asas

background image

Sentuh item dalam senarai untuk memilihnya. Bergantung pada senarai, menyentuh item boleh
melakukan perkara yang berbeza—contohnya, ia mungkin membuka senarai baru, memainkan
lagu, membuka e-mel, atau menunjukkan maklumat hubungan seseorang agar anda dapat
memanggilnya.

Zum masuk atau keluar

Apabila melihat foto, halaman web, e-mel, atau peta, anda boleh zum masuk dan keluar. Cubit
jari anda mendekati atau menjauhi satu sama lain. Untuk foto dan halaman web, anda boleh
dwisentuh (sentuh dua kali dengan cepat) bagi zum masuk, kemudian dwisentuh sekali lagi bagi
zum keluar. Untuk peta, dwisentuh bagi zum masuk dan sentuh sekali dengan dua jari bagi zum
keluar.

Zum juga adalah ciri kebolehcapaian yang membolehkan anda membesarkan skrin bagi sebarang
aplikasi yang anda gunakan, bagi membantu anda melihat apa yang ada pada paparan. Lihat
“Zum” pada halaman 166.

Memaparkan dalam orientasi potret atau landskap

Banyak aplikasi iPhone membolehkan anda melihat skrin dalam sama ada orientasi potret atau
landskap. Pusing iPhone dan paparan turut berpusing, melaras secara automatik untuk muat pada
orientasi skrin baru.

Anda mungkin lebih suka orientasi landskap bagi melihat halaman web dalam Safari, atau
contohnya, semasa memasukkan teks. Halaman web diskalakan ke skrin yang lebih lebar semasa
dalam orientasi landskap, menjadikan teks dan imej lebih besar. Papan kekunci atas skrin juga
lebih besar.

Filem yang ditonton dalam Video dan YouTube hanya muncul dalam orientasi landskap.
Pandangan jalan dalam Peta turut muncul dalam landskap sahaja.

22

Bab 3

Asas

background image

Kunci skrin dalam orientasi potret: Dwiklik butang Utama , kemudian kuis bahagian bawah
skrin dari kiri ke kanan, kemudian sentuh .

Ikon kunci orientasi potret muncul dalam bar status apabila orientasi skrin dikunci.