Mencari
Anda boleh mencari banyak aplikasi iPhone, termasuk Kenalan, Mail, Kalendar, Muzik, Mesej, Nota
dan Peringatan. Anda boleh mencari aplikasi individu, atau semua aplikasi pada satu masa.
Cari iPhone: Pergi ke skrin Carian. (Dari skrin Utama pertama, kuis kanan atau tekan butang
Utama .) Masukkan teks dalam medan Carian.
Hasil carian muncul semasa anda menaip. Sentuh item dalam senarai hasil untuk membukanya.
Sentuh Cari untuk menyembunyikan papan kekunci dan melihat lebih banyak hasil.
Ikon bersebelahan hasil carian menunjukkan aplikasi daripada mana hasil carian berasal.
iPhone mungkin memaparkan hasil teratas untuk anda, berdasarkan carian terdahulu anda. Hasil
carian Safari termasuk pilihan untuk mencari di web atau mencari Wikipedia.
Aplikasi
Apa yang dicari
Kenalan
Nama pertama, akhir, dan nama syarikat
Medan Kepada, Daripada dan Subjek dan mesej bagi semua akaun
Kalendar
Tajuk peristiwa, jemputan, lokasi dan nota
Muzik
Muzik (nama lagu, artis, dan album) dan tajuk podcast, video, dan buku
audio
Mesej
Nama dan teks mesej
Nota
Teks nota
Peringatan
Tajuk
Carian turut mencari nama aplikasi asli dan yang dipasang pada iPhone, jadi jika anda mempunyai
banyak aplikasi, anda mungkin mahu menggunakan Carian untuk mencari dan membuka aplikasi.
Buka aplikasi daripada Carian
Masukkan nama aplikasi, kemudian sentuh bagi membuka aplikasi terus
daripada hasil carian.
Gunakan seting Carian Spotlight untuk menentukan kandungan yang dicari dan urutan hasil
dipaparkan. Lihat “Carian Spotlight” pada halaman 179.
30
Bab 3
Asas
Kawalan Suara
Kawalan Suara membenarkan anda membuat panggilan telefon dan mengawal main balik muzik
menggunakan arahan suara. Pada iPhone 4S, anda juga boleh menggunakan Siri untuk mengawal
iPhone melalui suara. Lihat Bab 4, “Siri,” pada halaman 40.
Nota: Kawalan Suara mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa. Kawalan Suara tidak tersedia
pada iPhone 4S apabila Siri diaktifkan.