iPhone - Menaip

background image

Menaip

Papan kekunci atas skrin muncul pada bila-bila masa anda perlu menaip.

Memasukkan teks

Gunakan papan kekunci untuk memasukkan teks. Papan kekunci membetulkan kesalahan
ejaan, meramalkan perkataan yang anda sedang taip, dan mempelajarinya sambil anda
menggunakannya. Bergantung pada aplikasi yang anda gunakan, papan kekunci pintar mungkin
mencadangkan pembetulan semasa anda menaip, untuk membantu mengelakkan perkataan
yang ditaip salah.
Taipkan teks: Sentuh medan teks untuk memaparkan papan kekunci, kemudian sentuh papan
kekunci.

Semasa anda menaip, setiap huruf muncul di atas ibu jari atau jari anda. Jika anda menyentuh
kekunci yang salah, anda boleh meluncurkan jari anda ke kekunci yang betul. Huruf tidak
dimasukkan sehingga anda mengangkat jari anda daripada kekunci.

Padam aksara sebelumnya

Sentuh

.

Taip dalam huruf besar

Sentuh kekunci Shift sebelum menyentuh huruf. Atau sentuh dan tahan
kekunci Shift, kemudian luncur ke huruf.

Taip noktah dan ruang dengan
cepat

Dwisentuh space bar. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri
ini, pergi ke Seting > Umum > Papan kekunci.

Gunakan pembetulan auto untuk
memasukkan “’ll”

Taipkan “lll.” Contohnya, taip “youlll” untuk mendapatkan “you’ll.”

25

Bab 3

Asas

background image

Aktifkan caps lock

Dwisentuh kekunci Shift . Sentuh kekunci Shift sekali lagi untuk
menyahaktifkan caps lock. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan
ciri ini dalam Seting > Umum > Papan kekunci.

Masukkan nombor, tanda baca,
atau simbol

Sentuh kekunci Nombor

. Sentuh kekunci Simbol

untuk melihat

tanda baca dan simbol tambahan.

Setkan pilihan untuk menaip

Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.

Untuk menaip aksara alternatif,

sentuh dan tahan kekunci,

kemudian luncurkan untuk

memilih salah satu pilihan.

Pembetulan auto dan semakan ejaan

Untuk banyak bahasa, iPhone memperbetulkan kesilapan ejaan secara automatik atau membuat
cadangan sambil anda menaip. Apabila iPhone mencadangkan perkataan, anda boleh menerima
cadangan tanpa mengganggu penaipan anda.

Nota: Untuk senarai bahasa yang disokong, lihat www.apple.com/asia/iphone/specs.html.

Perkataan yang

dicadangkan

Terima cadangan: Taipkan ruang, tanda baca atau aksara return.
Tolak cadangan: Sentuh “x”.
Pada setiap kali anda menolak cadangan untuk perkataan yang sama, iPhone menjadi lebih
mungkin untuk menerima perkataan tersebut.

iPhone juga mungkin menggaris bawah perkataan yang telah anda taip yang dieja salah.

Gantikan perkataan yang dieja
salah

Sentuh perkataan, kemudian sentuh salah satu ejaan alternatif.
Jika perkataan yang anda inginkan tidak muncul, cuma taipnya semula.

Aktifkan atau nyahaktifkan
pembetulan auto atau semakan
ejaan

Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.

Pintasan dan kamus peribadi anda

Pintasan membolehkan anda menaip hanya beberapa aksara berbanding perkataan atau frasa
yang lebih panjang. Teks yang dikembangkan muncul pada bila-bila masa anda menaip pintasan.
Contohnya, pintasan “omw” dikembangkan menjadi “On my way!”
Buat pintasan: Pergi ke Seting > Umum > Papan kekunci, kemudian sentuh Tambah Pintasan
Baru.

26

Bab 3

Asas

background image

Tambah perkataan atau fasa kepada kamus peribadi anda supaya iPhone tidak cuba
memperbetulkan atau menggantikannya:
Buat pintasan, tetapi biarkan medan Pintasan kosong.

Edit pintasan

Pergi ke Seting > Papan kekunci dan sentuh pintasan.

Mengedit teks

Skrin sentuh menjadikannya mudah untuk mengubah teks yang anda telah masukkan. Kanta
pembesar atas skrin membantu anda menempatkan titik pemasukan betul-betul di mana anda
perlukannya. Titik cekup membolehkan anda dengan cepat memilih lebih banyak atau kurang
teks. Anda juga boleh memotong, menyalin dan menampal teks dan foto di dalam aplikasi, atau
merentasi aplikasi.
Tempatkan titik pemasukan: Sentuh dan tahan untuk memaparkan kanta pembesar, kemudian
seret bagi menempatkan titik pemasukan.

Pilih teks: Sentuh titik pemasukan untuk memaparkan butang pilihan.

Anda juga boleh dwisentuh untuk memilih perkataan. Dalam dokumen baca sahaja, seperti
halaman web atau mesej e-mel yang anda terima, sentuh dan tahan untuk memilih perkataan.
Seret titik cekup untuk memilih lebih banyak atau kurang teks.

Potong atau salin teks

Pilih teks, kemudian sentuh Potong atau Salin.

Tampal teks

Sentuh titik pemasukan dan sentuh Tampal. Teks terakhir yang anda potong
atau salin dimasukkan. Atau pilih seterusnya dan sentuh Tampal untuk
menggantikan teks.

Batalkan pengeditan terakhir

Goncang iPhone dan sentuh Batalkan.

Jadikan teks tebal, italik atau
bergaris bawah

Bila tersedia, sentuh , kemudian sentuh B/I/U.

27

Bab 3

Asas

background image

Dapatkan definisi perkataan

Bila tersedia, sentuh , kemudian sentuh takrifkan.

Dapatkan perkataan alternatif

Bila tersedia, sentuh Cadangkan, kemudian sentuh satu perkataan.

Reka letak papan kekunci

Anda boleh menggunakan Seting untuk mengeset reka letak papan kekunci bagi papan kekunci
perisian dan perkakasan. Reka letak yang tersedia bergantung pada bahasa papan kekunci.
Pilih reka letak papan kekunci: Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci
Antarabangsa, kemudian pilih papan kekunci.
Untuk setiap bahasa, anda boleh membuat pemilihan berbeza untuk papan kekunci perisian atas
skrin dan papan kekunci perkakasan luaran. Reka letak papan kekunci perisian menentukan reka
letak papan kekunci atas skrin iPhone. Reka letak papan kekunci perkakasan menentukan reka
letak Papan Kekunci Wayarles Apple yang disambungkan ke iPhone.

Menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple

Anda boleh menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple (tersedia secara berasingan) untuk
menaip pada iPhone. Papan Kekunci Wayarles Apple disambungkan melalui Bluetooth. Lihat
“Memasangkan peranti Bluetooth dengan iPhone” pada halaman 35.

Apabila papan kekunci dipasangkan dengan iPhone, ia disambungkan pada bila-bila masa papan
kekunci berada dalam julat liputan (sehingga 30 kaki). Anda boleh mengetahui sama ada papan
kekunci bersambung jika papan kekunci atas skrin tidak muncul apabila anda menyentuh dalam
medan teks. Untuk menjimatkan bateri, matikan atau nyahpasang papan kekunci apabila ia tidak
digunakan.

Rencana

Dengan perencanaan, anda mencipta dan mengedit teks dengan bercakap berbanding menaip.
Contohnya, anda boleh merencanakan mesej e-mel, mesej teks dan nota. Perencanaan berfungsi
dengan aplikasi pihak ketiga juga, jadi anda boleh melakukan perkara seperti mengemas kini
status Facebook anda, menyiarkan Tweet atau menulis dan menghantar Instagrams. Anda boleh
merencanakan pada bila-bila masa papan kekunci atas skrin muncul dengan kekunci .