iPhone - Memulakan semula atau mereset iPhone

background image

Memulakan semula atau mereset iPhone

Jika sesuatu tidak berfungsi dengan betul, cuba mulakan semula iPhone, menghenti paksa
aplikasi, atau mereset iPhone.
Mulakan semula iPhone: Tekan dan tahan butang Hidup/Mati sehingga gelangsar merah
muncul. Luncurkan jari anda merentasi gelangsar untuk mematikan iPhone. Untuk menghidupkan
semula iPhone, tekan dan tahan butang Hidup/Mati sehingga logo Apple muncul.

Jika anda tidak dapat mematikan iPhone atau jika masalah berterusan, anda mungkin perlu
mereset iPhone. Reset hanya perlu dilakukan jika mematikan dan menghidupkan iPhone tidak
menyelesaikan masalah.
Henti paksa aplikasi untuk menutup: Tekan dan tahan butang Hidup/Mati selama beberapa saat
sehingga gelangsar merah muncul, kemudian tekan dan tahan butang Utama sehingga aplikasi
ditutup.
Anda juga boleh memaksa aplikasi untuk berhenti dengan mengeluarkannya daripada baru
berbilang tugas. Lihat “Membuka dan menukar aplikasi” pada halaman 20.
Reset iPhone: Tekan dan tahan kedua-dua butang Hidup/Mati dan butang Utama selama
sekurang-kurangnya sepuluh saat, sehingga logo Apple muncul.

Untuk lebih banyak cadangan menyelesaikan masalah, lihat Lampiran B, “Sokongan dan Maklumat
Lain,” pada halaman 188.

39

Bab 3

Asas