Membersihkan iPhone
Bersihkan iPhone dengan segera jika terkena sebarang bahan cemar yang boleh menyebabkan
kesan kotoran, seperti dakwat, pewarna, solekan, kotoran, makanan, minyak, atau losen. Untuk
membersihkan iPhone, tanggalkan semua kabel dan matikan iPhone (tekan dan tahan butang
Hidup/Mati, kemudian luncurkan gelangsar atas skrin). Kemudian gunakan kain lembut bebas
lin yang lembap sedikit. Elakkan daripada mendedahkan bukaan terhadap lembapan. Jangan
gunakan pembersih tingkap, pembersih rumah, udara termampat, semburan aerosol, pelarut,
alkohol, ammonia atau bahan pelelas untuk membersihkan iPhone. Penutup depan iPhone 3GS
dan penutup depan dan belakang iPhone 4S dan iPhone 4 diperbuat daripada kaca mempunyai
lapisan oleofobik. Untuk membersihkan permukaan ini, hanya sapu dengan kain lembut bebas lin.
Keupayaan salutan ini untuk mencegah minyak akan berkurangan sepanjang penggunaan biasa
dan menggosok skrin dengan bahan pelelas akan mengurangkan lagi kesannya dan mungkin
mencalarkan skrin anda.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai pengendalian iPhone, lihat Panduan Maklumat Produk
Penting iPhone di support.apple.com/ms_MY/manuals/iphone.