Fon Telinga Apple dengan Alat Kawalan Jauh dan Mikrofon
Fon Kepala Apple dengan Alat Kawalan Jauh dan Mikrofon yang disertakan bersama iPhone
menampilkan mikrofon, butang kelantangan dan butang bersepadu yang membenarkan anda
menjawab dan menamatkan panggilan dengan mudah dan mengawal main balik audio dan
video.
Butang tengah
Pasang fon telinga untuk mendengar muzik atau membuat panggilan telefon. Tekan butang
tengah untuk mengawal main balik muzik dan menjawab atau menamatkan panggilan, walaupun
apabila iPhone dikunci.
Jeda lagu atau video
Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk meneruskan main balik.
Langkau ke lagu seterusnya
Tekan butang tengah dua kali dengan cepat.
Kembali ke lagu sebelumnya
Tekan butang tengah tiga kali dengan cepat.
Maju pantas
Tekan butang tengah dua kali dengan cepat dan tahan.
Putar balik
Tekan butang tengah tiga kali dengan cepat dan tahan.
Laraskan kelantangan
Tekan butang + atau –.
Jawab panggilan masuk
Tekan butang tengah.
Tamatkan panggilan semasa
Tekan butang tengah.
Tolak panggilan masuk
Tekan dan tahan butang tengah untuk lebih kurang dua saat, kemudian
lepaskan. Dua bunyi bip rendah mengesahkan bahawa anda telah menolak
panggilan.
Beralih ke panggilan masuk atau
menunggu dan tahan panggilan
semasa
Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk beralih semula ke panggilan
pertama.
Beralih ke panggilan masuk
atau panggilan menunggu dan
tamatkan panggilan semasa
Tekan dan tahan butang tengah untuk lebih kurang dua saat, kemudian
lepaskan. Dua bunyi bip rendah mengesahkan bahawa anda telah
menamatkan panggilan pertama.
Gunakan Siri atau Kawalan Suara
Tekan dan tahan butang tengah. Lihat Bab 4, “Siri,” pada halaman 40 atau
“Kawalan Suara” pada halaman 31.
Jika anda mendapat panggilan semasa fon telinga dipasang, anda boleh mendengar nada dering
menerusi speaker serta fon telinga iPhone.
AirPlay