Ciri-ciri keselamatan
Ciri-ciri keselamatan membantu melindungi maklumat pada iPhone daripada diakses oleh orang
lain.
37
Bab 3
Asas
Kod laluan dan perlindungan data
Anda boleh mengeset kod laluan yang anda mesti masukkan setiap kali anda hidupkan atau
bangunkan iPhone.
Setkan kod laluan: Pergi ke Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan masukkan kod laluan 4
digit, kemudian masukkan kod laluan sekali lagi untuk mengesahkannya. iPhone kemudiannya
memerlukan anda memasukkan kod laluan bagi membuka kuncinya atau bagi memaparkan
seting kunci kod laluan.
Mengeset kod laluan mengaktifkan perlindungan data. Perlindungan data menggunakan kod
laluan anda sebagai kunci untuk mengenkripsikan mesej mel dan lampiran yang disimpan pada
iPhone. (Perlindungan data juga mungkin digunakan oleh beberapa aplikasi yang tersedia dari
App Store.) Notis di bahagian bawah skrin Kunci Kod Laluan dalam Seting menunjukkan sama ada
perlindungan data didayakan.
Untuk meningkatkan keselamatan iPhone, nyahaktifkan Kod Laluan Mudah dan gunakan kod
laluan yang lebih panjang dengan kombinasi nombor, huruf, tanda baca dan aksara khas. Lihat
“Kunci Kod Laluan” pada halaman 179.
Penting:
Pada iPhone 3GS yang tidak dihantar dengan iOS 4 atau lebih baru, anda juga mesti
memulihkan perisian iOS untuk mendayakan perlindungan data. Lihat “Mengemas kini dan
memulihkan perisian iPhone” pada halaman 190.
Elakkan dailan suara apabila iPhone dikunci: Dalam Seting > Umum > Kunci Kod Laluan dan
nyahaktifkan Dail Suara. Buka kunci iPhone untuk menggunakan dailan suara.
Cari iPhone Saya
Cari iPhone Saya membantu anda mencari dan melindungi iPhone anda menggunakan aplikasi
Cari iPhone Saya percuma pada iPhone, iPad atau iPod touch atau menggunakan Mac atau
penyemak imbas PC yang didaftar masuk ke www.icloud.com atau www.me.com.
Cari iPhone Saya termasuk:
Â
Cari pada peta: Lihat lokasi anggaran iPhone anda pada peta skrin penuh.
Â
Hantar Mesej atau Mainkan Bunyi: Membenarkan anda menulis mesej yang akan muncul
pada skrin iPhone anda, atau memainkan bunyi pada kelantangan penuh selama dua minit,
walaupun jika suis Dering/Senyap disetkan ke senyap.
Â
Kunci Kod Laluan Jauh: Membenarkan anda mengunci iPhone anda dan membuat kod laluan
4-digit, jika anda tidak mengesetnya sebelumnya.
Â
Padam Jauh: Membenarkan anda melindungi privasi anda dengan memadam semua media
dan data pada iPhone, memulihkannya ke seting kilang.
Penting:
Sebelum anda boleh menggunakan cirinya, Cari iPhone Saya mesti diaktifkan dalam
sama ada seting iCloud atau MobileMe pada iPhone anda. Cari iPhone Saya boleh diaktifkan pada
satu akaun sahaja.
Aktifkan Cari iPhone Saya
menggunakan iCloud
Pergi ke Seting > iCloud dan aktifkan Cari iPhone Saya.
Aktifkan Cari iPhone Saya
menggunakan MobileMe
Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, sentuh akaun MobileMe,
kemudian aktifkan Cari iPhone Saya.
Lihat “iCloud” pada halaman 17 atau “Menyediakan mel dan akaun lain” pada halaman 16.
38
Bab 3
Asas